Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro Max isu cas

Masih Berlanjutan, Beberapa Pemilik Kereta Lapor Isu Cas Tanpa Wayar iPhone 15

Diterbitkan November 16, 2023 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, Apple telah mengeluarkan kemas kini iOS 17.1.1 bagi menyelesaikan isu pengecasan tanpa wayar bagi iPhone 15 untuk kereta tertentu. Namun, masalah tersebut nampaknya berlanjutan untuk pemilik kereta GM, walaupun telah mengemas kini iOS 17.1.1.

Berkaitan

  • Pemilik BMW Alami Isu Cip NFC iPhone 15 Pro Rosak Selepas Caj Secara Tanpa Wayar
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Kemas Kini iOS 17.1.1 Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat

Menurut laporan, pemilik kereta GM telah melaporkan di Reddit dan forum Apple bahawa mereka tidak dapat mengecas iPhone 15 secara tanpa wayar, selepas mengemas kini iOS 17.1.

Seorang pengguna di Reddit berkata, iPhone 15 Pro Max miliknya hanya boleh dicas tanpa wayar dalam kereta model Chevy Traverse 2023 selama beberapa saat sebelum terhenti kemudiannya.

Beberapa pemilik kenderaan lain, termasuk Bolt EUV 2023, Cadillacs, Buick Encore GX Avenir 2024 turut melaporkan isu yang sama.

Pemilik kereta tersebut mengatakan bahawa kemas kini iOS 17.1.1 minggu lepas tidak menyelesaikan masalah pengecasan tanpa wayar itu, begitu juga dengan kitaran beta iOS 17.2 semasa. Dengan mengambil kira pengecasan tanpa wayar berfungsi seperti biasa sebelum kemas kini iOS 17.1, berkemungkinan masalah ini berkaitan perisian iOS.

Walau bagaimanapun, tidak seperti BMW, isu tersebut tidak menjejaskan ciri NFC.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
©2026 WISER.MY