Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Teroka Teknologi UAV Dengan Kerjasama China

Malaysia Teroka Teknologi UAV Dengan Kerjasama China

Diterbitkan September 12, 2024 ยท Dikemas kini September 12, 2024 oleh Amalina Athman

Malaysia-China menjalinkan kerjasama dalam penerokaan teknologi kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), termasuk pertukaran dan perkongsian kepakaran serta teknologi dalam bidang tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama antara MARA Aerospace & Technologies Sdn Bhd dan Honeycomb Aerospace Technologies (Beijing) Co Ltd, syarikat terbesar dalam teknologi UAV di China, akan membolehkan Malaysia menghasilkan teknologi itu.

Beliau berkata UAV turut memanfatkan pelajar-pelajar TVET yang terlatih kerana mereka akan menjadi tenaga kerja dalam teknologi yang mampu beroperasi mencecah 3000 jam itu.

Antara pencapaian utama melalui kerjasama ini adalah pembangunan fasiliti pemasangan produk UAV di kampus UniKL MIAT Sepang, di mana proses pemasangan dan pemindahan teknologi ini akan dimulakan seawal minggu hadapan.

Komitmen itu juga melibatkan pelaburan berjumlah RM100 juta untuk membangunkan fasiliti pemasangan dan kilang pembuatan UAV, menjadikan Malaysia berpotensi sebagai hab teknologi UAV bagi rantau Asia Pasifik hingga ke Timur Tengah bermula tahun depan.

UAV dilengkapi kamera yang boleh memantau sejauh 300 kilometer serta bermanfaat untuk keselamatan dan pertahanan. Bagi sektor pertanian, penggunaan teknologi tersebut akan dimulakan di kawasan penanaman padi FELCRA untuk aktiviti pembajaan dan peracunan di kawasan yang luas.

Berkaitan

  • Aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara Dilancarkan
  • Pertama Di Dunia, Sejumlah 5,000 Dron Terbang Sendiri Dengan Selamat Dalam Ujian Trafik UAV
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Sumber: Zahid Hamidi, Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY