Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi SAMS

Aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara Dilancarkan

Diterbitkan Julai 22, 2024 · Dikemas kini Julai 22, 2024 oleh Amalina Athman

Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MASF) baru-baru ini telah melancarkan aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara (SAMS).

Berkaitan

  • Pemilik Dron Kelak Perlu Daftar, Mohon Kelulusan Penerbangan Dengan CAAM
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Pembangunan aplikasi SAMS adalah hasil kerjasama antara MASF bersama Identex Digital Sdn Bhd yang memainkan peranan penting dalam membangunkan perisian tersebut.

Sementara Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula menyumbang kepakaran dalam penyelidikan dan pembangunan sukan dron, serta AIM Aerial Technologies yang memberi sokongan dengan melakukan penjejakan dan pemantauan langsung.

Aplikasi inovatif itu mengintegrasikan pelbagai fungsi – termasuk pengurusan lesen, sijil, kedudukan individu, sistem SOS, acara yang sedang dilakukan oleh individu, penjejakan langsung, buku log dan pelbagai lagi modul.

Ia sebagai inisiatif bagi memudahkan individu yang terlibat dalam sukan udara untuk mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sekali gus, menjadikan penerbangan rekreasi dan sukan lebih mudah dan selamat untuk semua orang.

Dalam masa yang sama, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga berhasrat untuk meneroka kerjasama dengan MASF untuk membangunkan kursus TVET KBS dalam bidang sukan.

Berkaitan

  • Pemilik Dron Kelak Perlu Daftar, Mohon Kelulusan Penerbangan Dengan CAAM
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: Kementerian Belia dan Sukan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY