Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Sertai Esports Nations Cup 2026, MESF Dilantik Sebagai Rakan Pasukan Nasional

Malaysia Sertai Esports Nations Cup 2026, MESF Dilantik Sebagai Rakan Pasukan Nasional

Diterbitkan Mac 26, 2026 oleh Amsyar Latif

Persatuan Esports Malaysia (MESF) kini secara rasmi menyertai rangkaian global lebih 100 buah negara untuk membentuk pasukan kebangsaan bagi menghadapi Esports Nations Cup 2026 (ENC). Kejohanan berasaskan negara ini dijadualkan berlangsung buat julung kalinya di Riyadh pada 2 hingga 29 November 2026.

Pelantikan MESF oleh The Esports Foundation (EF) ini adalah berdasarkan rekod cemerlang mereka dalam menguruskan ekosistem tempatan, termasuk kejayaan meraih pingat perak di Sukan Asia Hangzhou serta menjuarai Kejohanan Dunia IESF dua tahun berturut-turut (2024 & 2025).

Sebagai Rakan Pasukan Nasional, MESF bertanggungjawab penuh dalam:

  • Membentuk pasukan nasional Malaysia bagi pelbagai judul permainan.
  • Mengawasi proses pemilihan pemain secara kompetitif.
  • Menyediakan struktur sokongan untuk memastikan atlet kita bersedia di pentas dunia.

Amir Syafiq bin Abd Rashid turut dilantik sebagai Pengurus Pasukan Nasional Malaysia untuk mengendalikan operasi harian dan penyelarasan pasukan sepanjang kejohanan ini.

Berbeza dengan Esports World Cup (EWC) yang fokus kepada kelab, ENC pula adalah kejohanan dwi-tahunan yang memfokuskan kepada kebanggaan negara.

Malaysia dianggap sebagai antara pesaing kuat, terutamanya dalam permainan genre MOBA seperti Mobile Legends: Bang Bang dan Honor of Kings.

Dengan nilai pasaran esports tempatan yang mencecah RM1.6 bilion pada 2025, penyertaan dalam ENC ini dilihat sebagai langkah penting untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai kuasa besar esports global.

Maklumat lanjut mengenai senarai penuh pemain dan judul permainan yang akan dipertandingkan bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • “The Night Job: Hotel” Tampilkan 'Game' Seram Buatan Malaysia
  • Pemain Fortnite Merosot, Epic Games Terpaksa Buang Lebih 1,000 Pekerja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY