Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
the night job hotel

“The Night Job: Hotel” Tampilkan ‘Game’ Seram Buatan Malaysia

Diterbitkan Mac 19, 2026 oleh Amsyar Latif

Sebuah permainan indie seram tempatan berjudul The Night Job: Hotel kini mula menarik perhatian sebagai antara projek terbaru daripada pembangun Malaysia.

Dibangunkan oleh Osem Production dan pembangunnya, Farid Adham juga dilihat berkongsi perkembangan projek ini di media sosial, sekali gus memberi gambaran awal kepada pemain tentang konsep yang dibawakan.

The Night Job: Hotel merupakan game first-person horror yang meletakkan pemain sebagai pekerja syif malam di sebuah hotel lama. Pada mulanya kelihatan seperti pekerjaan biasa, namun situasi bertukar mencemaskan apabila pemain perlu bertahan selama lima malam dalam bangunan yang berhantu.

Sepanjang permainan, pemain perlu melaksanakan tugasan harian sambil berdepan ancaman entiti misteri yang berkeliaran di sekitar hotel.

Elemen survival dan eksplorasi menjadi fokus utama, dengan suasana gelap serta rekaan bunyi yang menambah ketegangan pengalaman bermain.

Menariknya, game ini turut membawa elemen seram yang dekat dengan budaya Asia Tenggara, menjadikannya lebih dekat dengan pemain di rantau ini.

The Night Job: Hotel dijadualkan dilancarkan di platform Steam sekitar tahun 2026 dan berpotensi menjadi antara judul indie tempatan yang menarik untuk dicuba pemain tempatan.

Berkaitan

  • Purata Umur 'Gamer' Adalah 41 Tahun, Wanita Dominasi Permainan Mudah Alih - Kajian
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Selepas Lebih 20 Tahun, 3 Konsol 'Lejen' Ini Akhirnya Dianggap Sebagai Konsol Retro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY