Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pusat data air_2

Malaysia Rancang Tarif Air Khusus Untuk Pusat Data

Diterbitkan Ogos 7, 2025 · Dikemas kini Ogos 7, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan bekerjasama dengan pengawal selia negeri bagi memperkenalkan tarif air khusus untuk pusat data dan pengguna industri berat, selain menggalakkan penggunaan air kitar semula dan sistem penyejukan berpusat untuk mengurangkan tekanan pada sumber air bersih.

Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata walaupun pengurusan air terletak di bawah bidang kuasa negeri, agensi Persekutuan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) terus giat menyeleras dengan pengendali utiliti bagi memastikan penggunaan air yang adil dan cekap.

Sebelum sebarang kenaikan tarif, syarikat utiliti perlu kemuka kepada SPAN. Dari situ, ia akan dinilai berdasarkan tujuan dan justifikasi kenaikan tersebut.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kerajaan menggalakkan pengguna industri, termasuk pusat data, untuk beralih kepada penggunaan air kitar semula dan membangunkan sistem penyejukan berpusat.

Beliau berkata tarif khusus untuk pusat data sedang dirangka dan matlamatnya ialah melindungi pengguna domestik daripada subsidi silang pengguna berskala besar.

Menurutnya, langkah ini bagi memastikan sistem air negara diuruskan dengan berkesan, selain memberi insentif kepada penggunaan yang bertanggungjawab dalam semua sektor.

Berkaitan

  • Permintaan Air Di Pusat Data, SPAN Tuntut Teknologi Dan Infrastruktur Lebih Efisien
  • Google Akan Bangun Pusat Data Besar Di Malaysia – Port Dickson Jadi Tumpuan Baharu
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Pusat Data Generasi Baharu Dibuka Di Pulau Pinang, Sokong AI Dan Teknologi Rendah Karbon

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY