Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pegangan Ekuiti DNB Mungkin Dibuka Kepada MNO Asing – Tengku Zafrul

Pegangan Ekuiti DNB Mungkin Dibuka Kepada MNO Asing – Tengku Zafrul

Diterbitkan September 3, 2022 oleh Amalina Athman

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedia maklum mengenai keputusan dua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang tidak akan melanggan saham DNB.

Empat MNO iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi.com Bhd, YTL Communications Sdn Bhd (YES) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) masih tetap dengan keputusan masing-masing untuk melanggan saham DNB.

Berkaitan

  • 1,000 Sekolah Akan Terima 5G, DNB Dan MCMC Sedia Jalin Kerjasama
  • Saat Akhir, U Mobile Dan Maxis Dilapor Tak Jadi Sertai DNB
  • Rundingan Dengan Setiap Syarikat Adalah Berasingan, Lagi 4 'Telco' Masih Berminat - DNB

Tengku Zafrul menyatakan, apabila dua MNO iaitu U Mobile dan Maxis menarik diri, pegangan ekuiti berubah kerana kerajaan hanya ingin memegang 30% kepentingan. Selebihnya sebanyak 70% akan diagihkan kepada pemain industri iaitu MNO.

Berikutan itu, kerajaan mempelawa MNO sedia ada untuk meningkatkan pegangan ekuiti dalam DNB. Sebagai tambahan, terdapat juga cadangan untuk membuka pegangan ekuiti kepada MNO asing kerana pelbagai syarikat asing menyatakan hasrat untuk menyumbang kepada pembangunan rangkaian 5G tempatan.

Opsyen untuk menawarkan pegangan ekuiti kepada MNO asing juga masih ada kerana pelbagai MNO asing telah menzahirkan hasrat untuk menyumbang kepada pembangunan rangkaian 5G tempatan – Tengku Zafrul@tzafrul_aziz pic.twitter.com/t7n0qPbxE5

— BERNAMA (@bernamadotcom) September 2, 2022

Beliau percaya bahawa K-KOMM serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan membuat pertimbangan sewajarnya kerana pemain industri yang ramai mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna di Malaysia.

Dalam pada itu, turut dinyatakan DNB kekal di landasannya bagi mencapat 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang 2024.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY