Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_China

Malaysia Boleh Teroka, Manfaat Teknologi AI Dari China – Fahmi

Diterbitkan September 30, 2024 ยท Dikemas kini September 30, 2024 oleh Amalina Athman

Malaysia boleh meneroka dan memanfaatkan teknologi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) dari China untuk disesuaikan dengan keadaan di Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata menerusi lawatan kerja ke negara itu, teknologi berkenaan dilihat bersesuaian untuk digunakan dalam bidang telekomunikasi, media dan penyiaran serta perfileman negara.

Sebagai contoh, perjanjian usaha sama antara Altel dan Geespace dalam bidang telekomunikasi satelit mampu membantu usaha kerajaan yang berhasrat untuk meluaskan penggunaan teknologi “direct-to-cell” menerusi satelit orbit rendah (LEO). Ia dilihat dapat membantu mengatasi masalah internet di kawasan terpencil serta kawasan yang tiada sambungan internet.

Lawatan Fahmi ke China Media Group (CMG), yang mempelopori penyiaran definisi ultra tinggi 8K, turut memberi pendedahan baharu mengenai produksi, serta penggunaan teknologi penyiaran yang boleh dipelajari dengan memanfaatkan AI.

Tambahnya, beliau melihat banyak peluang yang berpotensi dimanfaatkan, seperti penghasilan kandungan yang boleh dieksport ke China seperti mikro drama berdurasi kurang seminit yang semakin diminati penduduk negara itu.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • MCMC, KPT Akan Segera Selesaikan Isu Capaian Internet Di Beberapa Kampus IPTA - Fahmi
  • Kastam Kini Guna Mesin Pengimbas Bagasi Dengan Teknologi AI Di Pintu Masuk Utama Negara

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY