Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kastam_ Malaysia Airports 2

Kastam Kini Guna Mesin Pengimbas Bagasi Dengan Teknologi AI Di Pintu Masuk Utama Negara

Diterbitkan September 28, 2024 · Dikemas kini September 28, 2024 oleh ariff bukhari

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini menggunakan mesin pengimbas bagasi yang dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memantapkan tahap keselamatan kawalan pintu masuk utama di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata mesin pengimbas berkenaan membantu JKDM dari segi pengecaman serta proses analisis imej, sekali gus dapat menganalisis corak penyeludupan barang terlarang terutamanya narkotik dengan lebih efisien.

Beliau berkata ia juga membolehkan jabatan itu menganalisis corak penyeludupan barang terlarang terutamanya narkotik dengan lebih efisien.

Beliau memberitahu, sebanyak 40 unit mesin pengimbas sudah dipasang di seluruh negara dalam tempoh Mei dan Jun lepas yang dapat memberikan ketepatan data dan pengecaman dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat serta dapat membantu JKDM mengurangkan ketirisan dan meningkatkan hasil.

Kastam Kini Guna Mesin Pengimbas Bagasi Dengan Teknologi AI Di Pintu Masuk Utama Negara

Dengan penempatan 40 unit mesin pengimbas bagasi baharu itu, menjadikan keseluruhan jumlah mesin pengimbas baharu berjaya dipsang dan sedang beroperasi di pintu masuk seluruh Malaysia sebanyak 66 unit.

JKDM memaklumkan, mereka kini masih dalam proses membuat penggantian secara berperingkat bagi mesin-mesin pengimbas yang telah lama kepada mesin pengimbas baharu yang lebih canggih dan berteknologi tinggi yang  akan ditambah pada tahun ini dan tahun hadapan di lokasi strategik yang telah dikenal pasti.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY