Malaysia Bakal Wujudkan Sistem Lelong Hartanah Dalam Talian

Lelongan hartanah dalam negara tidak lama lagi bakal dipermudahkan dengan kehadiran sistem lelong secara dalam talian.

Di Malaysia, sistem yang dikenali sebagai e-Lelong sudah wujud sejak Jun tahun lepas lagi dan dikendalikan oleh Kompleks Mahkamah Kuantan.

Dimulakan sebagai projek perintis di Kuantan, sistem itu  akan diperkembangkan lagi ke seluruh semenanjung tanah air. Sabah dan Sarawak juga berada dalam perangcangan penawarannya tetapi akan menggunakan sistem yang berasingan.

Melalui e-Lelong, bidaan untuk membeli hartanah boleh dibuat secara dalam talian, dan pembida tidak perlu lagi hadir secara fizikal.

Selain menawarkan sistem telus, mudah dan cekap, e-Lelong turut mempunyai ciri bidaan automatik, bertujuan mewakili pembida yang tidak boleh menyertai lelongan ketika ia sedang dijalankan. Bidaan akan berjalan sehinggalah mencapai angka maksimum yang ditetapkan pembida.

Pembida juga tidak perlukan bank draf lagi kerana perkhidmatan perbankan dalam talian boleh digunakan pada sistem e-Lelong.

Laporan prestasi sistem ini akan dibentangkan dihadapan kabinet oleh Datuk Seri Azalina Othman Said, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya menunggu keizinan untuk diperluas ke negeri-negeri yang lain.

Negara lain yang turut menggunakan sistem lelongan dalam talian adalah China, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sumber: The Star