Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malapetaka Menanti Jika Anda Jadikan Gambar Ini Sebagai Wallpaper Peranti Anda

Malapetaka Menanti Jika Anda Jadikan Gambar Ini Sebagai Wallpaper Peranti Anda

Diterbitkan Mei 31, 2020 · Dikemas kini Mei 31, 2020 oleh Meor Hasyim

Siapa sangka gambar pemandangan yang cantik boleh ‘menjahanamkan’ peranti anda? Namun itu adalah apa yang terjadi kepada pengguna peranti pintar baru-baru ini.

Isu ini dimulakan oleh seorang personaliti popular dalam komuniti gajet iaitu @UniverseIce yang memuat naik kicauan seperti berikut. Menurutnya, beliau memberi amaran kepada pengguna lain supaya tidak menjadikan gambar tersebut sebagai latar belakang peranti Android terutamanya dari jenama Samsung.

Malapetaka Menanti Jika Anda Jadikan Gambar Ini Sebagai Wallpaper Peranti Anda

Apa yang terjadi adalah peranti akan gagal berfungsi atau beroperasi seperti biasa. Jika pengguna menjadikan gambar tersebut sebagai latar belakang, peranti akan gagal masuk ke lock screen. Sudahnya ia akan menjadi bootloop, iaitu peranti akan restart berulang kali sebelum masuk ke menu recovery.

Kami tidak mencuba menjadikan gambar ini sebagai wallpaper. Namun ramai juga yang gatal tangan mencubanya menerusi komen kicauan tersebut.

Malapetaka Menanti Jika Anda Jadikan Gambar Ini Sebagai Wallpaper Peranti Anda

Melalui komen juga, pengguna selain jenama Samsung seperti Google Pixel turut melaporkan peranti mereka turut mengalami masalah yang sama. Namun, ada juga yang tidak mengalami sebarang masalah malah peranti masih beroperasi seperti biasa.

Malapetaka Menanti Jika Anda Jadikan Gambar Ini Sebagai Wallpaper Peranti Anda

Menurut Ice Universe, gambar itu diperolehi dari laman Weibo dan telah dimuatkan sekali dengan kod spesifik yang menggagalkan peranti dari berfungsi.

Anda boleh ke pautan untuk melihat isu ini dengan lebih lanjut, namun kami tidak bertanggung jawab terhadap apa yang akan terjadi kepada peranti anda. Kalau tiada apa-apa, nasib baik. Kalau terkena juga, bye-bye lah jawabnya.

Apa yang penting melalui isu ini adalah kini gambar yang anda lihat hanya setakat pemandangan itu di dalamnya juga boleh terselit malware berbahaya yang mampu ‘merosakkan’ peranti pintar anda.

Sumber: Ice Universe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY