Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Makthor Satu-Satunya Pemain Wanita Mewakili Malaysia Dalam FIFA 18

Makthor Satu-Satunya Pemain Wanita Mewakili Malaysia Dalam FIFA 18

Diterbitkan Februari 20, 2018 oleh Helmi Samsuri

Permainan video FIFA 18 cukup sinonim dimainkan oleh kaum adam tetapi itu bukanlah penghalang kepada wanita untuk menembusi kelompok tersebut.

Azroy Adyana Tajuddin (Nia) atau lebih dikenali sebagai Makthor dalam gelanggan FIFA 18 telah terpilih untuk mewakili pasukan Order of Elites Asia.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, gadis berusia 25 tahun itu memberitahu Astro Awani bahawa beliau bangga kerana terpilih sebagai satu-satunya wanita yang menganggotai pasukan terbaik Asia Tenggara tersebut.

“Saya percaya OoE akan membantu saya dari segi keperluan nasihat jurulatih dan mentor serta latihan untuk menjadi pemain yang profesional.

“Dengan kemahiran yang akan diperolehi bersama pasukan ini, saya berharap ia akan membawa saya untuk menjadi antara pemain wanita terbaik di Asia,” ujarnya lagi.

Antara kejayaan terbaru yang dikecapi oleh Makthor adalah berada dalam kelompok 16 teratas pada kejohanan Virtuelle Bundesliga peringkat Asia Tenggara yang diadakan minggu lepas.

Sumber: Astro Awani

Kredit foto: Nia Adyana

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY