Makna Yonko Dan Bagaimana Lanun Dapatkan Gelaran Tersebut

Setiap kali Yonko disebut, tidak pernah sekalipun disebut bahawa Yonko ini lanun paling kuat (strongest pirates).

Tetapi mereka selalu disebut sebagai lanun paling berkuasa (powerful pirates). Jadi, Yonko ini kuat atau tidak sebenarnya?

Di antara Yonko, ada 2 orang yang memegang gelaran paling kuat (the strongest).

  1. Whitebeard the strongest human (manusia paling kuat)

  2. Kaido the strongest creature (mahkluk paling kuat)


Kapsyen: Garp memberitahu Luffy tentang Shanks yang merupakan salah seorang dari Yonko

Apa itu Yonko?




  • Yon – Empat

  • Ko(u) – Maharaja


Yonko ataupun The Four Emperor (4 Maharaja Lanun) merupakan gelaran untuk 4 orang kapten lanun yang sangat berkuasa. Dengar saja nama salah seorang Maharaja terus ramai yang akan berasa takut.

4 orang kapten lanun ini berada di bahagian kedua Grand Line yang dikenali sebagai New World(Shin Sekai atau Dunia Baru).

Yonko merupakan salah satu dari Tiga Kuasa Besar (Three Great Powers) dan lagi dua ialah

  • Oka Shichibukai (Seven Warlords of the Seas – Tujuh Panglima Diraja Lautan) dan

  • Kaigun (Marines – Tentera Laut)


Siapa Yonko?


Terdapat 4 orang Maharaja pada satu-satu masa dan kini terdapat 5 orang lanun yang menjadi Maharaja Lanun (setakat ini) – seorang telah mati iaitu Whitebeard ketika di Peperangan / Arka Marineford. Mereka adalah;
1. Akagami no Shanks (Shanks Berambut Merah) – Lanun Rambut Merah




2. Shirohige (Janggut Putih Edward Newgate) – Lanun Janggut Putih



3. Big Mom Charlotte Linlin – Lanun Big Mom



4. Kaido Raja Binatang – Lanun Binatang



5. Kurohige (Janggut Hitam Marshall D Teach) – Lanun Janggut Hitam


Kekuatan Yonko




Most powerful pirates (lanun paling berkuasa)

Paling berkuasa tak bermaksud paling kuat. Diorang memang kuat tapi bukannya paling kuat

Powerful ≠ Strongest

Jadi,

  • Yonko ≠ Strength (Kekuatan)

  • Yonko = Power & Influence (Kuasa & Pengaruh)

  • Yonko = 4 Emperors.


Emperor maksudnya maharaja.

Maharaja ini orang yang menjadi ketua untuk tanah atau kawasan besar.

Jadi, untuk dapat gelaran maharaja kena kuat ke?

Nak jadi maharaja memang kena kuat. Tetapi yang paling utama mestilah

  • berkuasa dan

  • berpengaruh.


(Kuasa di sini bukan kuasa buah syaitan atau haki atau fizikal).

Maksud berkuasa ini apabila kita bercakap tentang sesuatu, ramai orang yang akan mengikutinya atau terpengaruh dengan kata-kata kita.

Berpengaruh ni contohnya karakter atau sikap diri kita yang mana bila orang lain tengok mereka akan turut serta mengikutinya.

Law dengan Pekoms ada cakap kalau nak jadi Yonko ni tak perlukan kekuatan, tapi melalui

  • kuasa,

  • kawalan dan

  • pengaruh.


Law pun ada cakap juga yang seorang Yonko ini ada kekuatan tentera yang sangat besar.

Yonko adalah individu yang mempunyai pengaruh besar di Shin Sekai (New World), dan ketua kepada lanun atau armada tentera besar yang ada mempunyai kawasan jajahan.

Contoh pertama.


Kuasa dan pengaruh Yonko ini kita boleh lihat pada Pulau Manusia Ikan

Pulau Manusia Ikan pada awalnya menjadi sasaran lanun dan penduduknya diburu untuk dijadikan sebagai hamba.

Selepas kedatangan Janggut Putih dan mengisytiharkan Fishman Island sebagai kawasan jajahannya lanun terus berhenti menyerang dan memburu penduduknya.

Selepas kematian Janggut Putih, Maharaja Big Mom pula mengisytiharkan Fishman Island sebagai kawasan jajahannya.

Betapa mudahnya mereka untuk mendapatkan hak ke atas sesuatu kawasan itu.

Contoh lain.


Lihat pada kuasa dan pengaruh Big Mom. Jamuan Teh yang dianjurkan olehnya menunjukkan betapa luasnya pengaruh dia.

Sampaikan orang Baratie yang berada jauh di East Blue, bahagian pertama Grand Line itu pun dia tahu ada kaitan dengan Sanji.

Padahal Big Mom ada di Shin Sekai (New World), bahagian ke dua Grand Line. Sanji berlatih di Empayar Kamabakka pun Big Mom boleh tahu.

Vito daripada Lanun Firetank ada cakap sesiapa yang dijemput ke parti Big Mom tak boleh menolak permintaan ini sekalipun beliau seorang dewa.

Inilah yang dipanggil kuasa atau pengaruh seorang Yonko.


CARA MENJADI YONKO


Siapa yang beri gelaran Yonko (Empat Maharaja) ini?

Pihak Tentera Laut yang beri gelaran ini apabila mereka dapat mengenal pasti lanun yang memerintah sesuatu kawasan seperti seorang raja.

Nak jadi Yonko diorang perlu ada kawasan jajahan sendiri yang banyak. Barulah boleh dianggap seseorang tu adalah Yonko.

Bermakna, kalau bunuh atau kalahkan Yonko tak semestinya dapat gelaran Yonko tu.

Janggut Hitam adalah contoh terbaik untuk kita memahami cara seseorang menjadi Yonko.

Beliau pun menjadi Yonko dengan cara menjajah kawasan. Dia membina satu pasukan tentera yang kuat selepas tu dia menjajah kawasan yang pernah Janggut Putih lindungi sebelum dia mati.

*Janggut Hitam rampas kawasan Janggut Putih tanpa guna kuasa Gura Gura no Mi.

Kuat sangat ke dia?

Dia merampas kawasan Janggut Putih dan berperang dengan Marco the Pheonix (orang Kanan Janggut Putih). Semuanya dalam masa 2 tahun je (memang menakjubkan).




"Apabila seseorang yang berkuasa besar dan mutlak mengancam kau… ia akan menjadi takdir masa depan kau… tak ada siapa yang boleh melawan kenyataan takdir ini. Itulah maksud sebenar Empat Maharaja (Yonko)!!" – Pekom

Hubungan Yonko dan Generasi Terburuk.


Trafalgar Law pernah bagitau kalau nak selamat di New World ada dua cara sahaja, iaitu

  • menjadi pengikut salah seorang dari Yonko atau

  • menentang Yonko itu sendiri


Sehingga Chapter terbaru manga kita dapat tahu beberapa orang lanun dari generasi terburuk (Worst Generation) pernah terlibat dengan Yonko sama ada menjadi pengikut ataupun menentang Yonko.

1. Luffy telah berkenalan dengan Shanks dari kecil lagi. Luffy telah menjadikan Shanks sebagai idolanya. Kemudian Luffy jumpa dengan Yonko Janggut Putih semasa perang di Marineford untuk menyelamatkan Ace. Selepas 2 tahun, Luffy dan krewnya mengembara di Fishman Island. Di sini Luffy telah mengisytiharkan cabarannya untuk mengalahkan Big Mom kerana ingin menjadikan Pulau Manusia Ikan sebagai kawasannya. Luffy telah menjadikan Kaido sebagai sasarannya untuk dikalahkan bersama dengan pakatan Lanun Heart yang diketuai oleh Trafalgar Law.

2. Memandangkan Zoro ialah kru Luffy jadi secara tak lansung dia terlibat dengan rancangan Luffy untuk mengalahkan Big Mom dan Kaido.

3. Trafalgar Law merancang untuk menjatuhkan Kaido bersama dengan pakatan Lanun Topi Jerami.

4. X Drake menjadi pengikut Kaido. Pada awalnya dia seperti ingin menentang Kaido semasa menceroboh kawasan Kaido. Tetapi selepas timeskip dia dilihat bekerjasama dengan pengikut Kaido.

5. Urouge telah menceroboh kawasan Big Mom dan Berjaya mengalahkan seorang dari 4 Komander Manisan. Tapi akhirnya dia dikalahkan oleh seorang dari Komander Manisan yang lain iaitu Cracker tanpa sempat berjumpa dengan Big Mom. Urouge juga pernah berjumpa dengan Kaido semasa sedang berehat di salah satu Pulau Langit.

6. Eustass Captain Kid telah membuat pakatan dengan On Air Pirates dan Hawkins Pirates untuk menjatuhkan Yonko Shanks. Tapi malangnya pakatannya dihancurkan apabila Kaido muncul dihadapan mereka dan Kid kini menjadi tahanan Kaido. Kid pernah menceroboh kawasan Big Mom kemudian melarikan diri tanpa sempat berjumpa dengan Big Mom. Dia juga berjaya menenggelamkan 2 buah kapal Big Mom.

7. Killer ialah orang kanan Kid. Jadi dia terlibat bersama dengan rancangan Captain Kid.

8. Scratchmen Apoo membentuk pakatan bersama dengan Kid Pirates dan Hawkins Pirates untuk menjatuhkan Shanks. Selepas kemunculan Kaido dihadapan mereka, dia dilihat telah menjadi pengikut Kaido apabila terdapat satu Den Den Mushi yang menyerupai mukanya menyebut ‘Lord Kaido’. Dia juga pernah menceroboh kawasan Big Mom. Sama seperti Kid, dia melarikan diri tanpa sempat berjumpa dengan Big Mom.

9. Basil Hawkins membentuk pakatan dengan Kid Pirate dan On Air Pirates untuk menjatuhkan Shanks. Hawkins kini menyertai Kaido dan merupakan salah seorang Headliners.



10. Capone Gang Bege telah menceroboh kawasan Big Mom. Mengetahui bahayanya berada di kawasan Big Mom dia telah mengambil keputusan untuk menjadi pengikut Big Mom. Dia juga telah berkahwin dengan seorang anak perempuan Big Mom.

11. Jewelry Bonney pernah ditangkap oleh Blackbeard kemudian diserahkan kepada Akainu. Selepas 2 tahun dia dilihat berlegar di sebuah pulau seorang diri.


Itulah dia serba sedikit berkenaan gelaran Yonko di dunia One Piece. Morgans menerusi akhbarnya sebelum ini menyatakan Luffy adalah Maharaja Kelima (Gokou), tetapi jujur penulis katakan, jauh lagi perjalanan Mugiwara.

Sumber: Budak Getah