Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MAJDOMO MODA

MAJDOMO MODA Kini Tiba Di Malaysia, Harga Pelancaran RM299

Diterbitkan Ogos 14, 2025 · Dikemas kini Ogos 14, 2025 oleh Amalina Athman

Jenama teknologi peranti boleh pakai, MAJDOMO, kini rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran jam pintar MODA.

MODA menampilkan saiz muka jam 43.6mm dengan bingkai aloi aluminium-zink yang dipadankan bersama tali silikon. Paparannya bersaiz 1.32-inci AMOLED dengan resolusi 466 × 466, maksimum kecerahan 650 nits serta dikuasakan cip pemproses ATS3085S4.

MODA 4 (1)
MODA 3 (1)

Jam pintar ini menyokong lebih 170 mod sukan dan dilengkapi ciri kesihatan seperti pemantauan kadar denyutan jantung 24 jam, penjejakan SpO₂ pintar, analisis pola tidur, serta 360° Women’s Wellness Management System yang membolehkan penjejakan kitaran haid dan ovulasi.

Melengkapkan spesifikasinya, MODA hadir dengan bateri berkapasiti 360mAh bersama sokongan pengecasan magnetik.

MODA _1

Lain-lain termasuk sokongan GPS, Bluetooth 5.3 serta mempunyai ketahanan air 5ATM dan IP68. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Moda Black dan Moda Gold.

Ketersediaan

Jam pintar MODA kini rasmi dijual di Malaysia pada harga RM598, namun buat masa terhad, ia ditawarkan pada harga pelancaran RM299. Tawaran ini tersedia secara eksklusif di Shopee dan TikTok Shop, selagi stok masih ada.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • CUKTECH Perkenal Mini Power Bank - 55W, 10000mAh, Ada Label 3C
  • Redmi 15 5G Kini Dilancarkan - Bateri 7,000mAh, Harga RM729

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY