Mahukan Komputer Riba Yang Sesuai Untuk Dibawa Ke Kuliah Atau Pejabat?

Sekiranya anda tergolong dalam kalangan pelajar atau pekerja, anda mungkin tidak perlukan komputer riba dengan rekaan yang ekstrim, dipenuhi RGB dan sebagainya. Cukup sekadar sebuah komputer riba yang ringkas, kemas dan pastinya tampil dengan harga berpatutan.

Bagi yang masih tercari-cari lagi model mana sesuai untuk dibawa ke kuliah ataupun ke pejabat, perkenalkan kepada anda HONOR MagicBook 14. Komputer riba ini baru sahaja tampil ditawarkan ke pasaran Malaysia pada 6 Julai yang lalu dan dijual dengan nilai RM2499.



HONOR Malaysia menyatakan MagicBook 14 ini habis di pra-tempah pra-tempah hanya dalam sehari setelah penawarannya dibuat pada platform Hihonor. Berminat dengan komputer riba yang satu ini? Jom teruskan bacaan.
Bateri tahan sehingga 10 jam

Kita semua sukakan peranti yang boleh "bernyawa" sepanjang hari. Tidak kira ia telefon pintar, jam tangan pintar, komputer riba atau apa jua peranti sekalipun. Melalui HONOR MagicBook 14, anda boleh harapkannya untuk terus menemani hari-hari sibuk anda di kuliah mahupun pejabat.



Dikuasakan dengan bateri 56WH, HONOR menyatakan ia mampu menyalurkan tenaga kepada komputer riba ini sehingga 10 jam lamanya.



Menurut ujian yang dilakukan oleh HONOR, dalam keadaan idle, bateri MagicBook 14 mampu menjangkau hingga 15 jam sementara untuk penggunaan normal merekodkan 6 jam. Ia sesuatu yang baik bagi laptop dengan rekaan nipis seperti ini. Dalam situasi yang lebih ekstrim atau penggunaan yang berat secara berterusan, ia berupaya bertahan sehingga 2 jam.

Anda mungkin terlupa untuk membawa pengecas ketika keluar bertemu pelanggan, tetapi usah khuatir kerana baterinya mampu bertahan.

Namun perlu diingat, mana-mana peranti tetap akan menelan kuasa yang banyak sekiranya ia menjalankan tugasan "berat". Tetapi untuk tugasan biasa, cukup untuk kita tahu bahawa HONOR MagicBook mampu menggalas tanggungjawab tersebut dalam tempoh yang agak panjang.
Satu pengecas untuk semua

Pada tahun 2020 ini, sebahagian besar daripada kita mempunyai lebih daripada satu peranti. Ada komputer riba, ada telefon pintar dan bermacam-macam peranti lain lagi. Setiap satunya perlu dicas. Betul?



Bagi memudahkan kehidupan seharian anda, HONOR MagicBook tampil dengan port pengecasan USB-C. Ia bukan sahaja berguna untuk mengecas bateri, malah boleh juga digunakan untuk menyalurkan kuasa kepada peranti lain.

Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk membawa pelbagai jenis pengecas kerana kebanyakan peranti kita sudah dilengkapi dengan USB-C. Jadi, pengecas 65W yang dibekalkan pada HONOR MagicBook 14 sudah sedia bertugas untuk mana-mana peranti anda yang menggunakan port jenis tersebut. Ini kerana ia turut menyokong pengecasan 45W, 24W, 18W dan juga 10W.

Dengan kadar pengecasan yang disediakan, anda hanya perlu mengambil masa sekitar 30 minit untuk memenuhkan kapasiti bateri yang dimuatkan pada komputer riba ini.
Ringan dan rekaan yang kemas

Seperti yang disembangkan awal tadi, tak semua daripada kita mahukan rekaan yang sarat dengan alur-alur dan warna-warna pancaran dari LED. Segelintir daripada kita mungkin terarah memilih sebuah komputer riba yang ringkas, elegan dan boleh menampakkan imej formal.



Ini semua ada pada HONOR MagicBook kerana ia dibangunkan dengan kerangka aluminium seberat 1.38kg dan berketebalan sekitar 15.9mm. Cukup ringan dan nipis serta tidak memakan banyak ruang dalam beg galas anda.

Luaran panel tidak dibiarkan hambar dan kosong kerana ia diserikan dengan logo HONOR. Logo tersebut dikemaskan dengan warna biru yang berubah-ubah mengikut sudut pandang dan cahaya dipersekitaran.



Tidak cukup dengan itu, melingkari sepanjang panel luar adalah sisi bersegi yang diwarnakan dengan warna biru Azure. Untuk mendapatkan rekaan sisi seperti ini, HONOR telah menggunakan mesin CNC berlian kristal. Ia bukan sekadar garisan biru yang mengelilingi panel luar, tetapi sebagai penambah seri kepada imej elegan yang cuba disampaikan oleh HONOR pada keluaran mereka ini.
Tidak perlu kabel untuk sambungan dari telefon pintar

Sambungan antara telefon pintar dan komputer usang anda ketika ini mungkin memerlukan kabel. Kini tidak lagi dengan adanya fungsi HONOR Magic-link 2.0 dimana skrin telefon pintar anda boleh dipancarkan pada skrin komputer riba.



Aktiviti seperti pemindahan dokumen, foto dan lain-lain dapat dibuat dengan lebih mudah dan pantas melalui ciri NFC ini. Cukup sekadar sentuh telefon pintar anda pada bahagian HONOR MagicBook 14 (seperti imej diatas), tekan butang untuk lakukan padanan dan anda sudah sedia untuk

Ini boleh menjadikan anda lebih fokus pada komputer riba dimana tidak perlu memegang telefon pintar pada masa yang sama. Anda tidak akan terlepas pandang apa yang sedang dibuat pada telefon pintar. Ini kerana anda boleh mengakses telefon pintar terus dari kolaborasi paparan melalui HONOR Magic-link 2.0.

Untuk makluman, ciri ini menyokong peranti HONOR yang menjalankan sistem operasi Magic UI 3.0 dan terkini atau peranti Huawei dengan EMUI 10.0 dan terkini.

Selain membawakan ciri-ciri diatas, HONOR MagicBook 14 turut dimuatkan dengan spesifikasi terbaik seperti AMD Ryzen 5 3500U, RAM 8GB dan storan 256GB serta mempunyai ciri cap jari pada butang kuasa.

Jadi bagaimana, adakah anda berminat untuk memiliki peranti ini? Sekiranya anda berhajat untuk membeli HONOR MagicBook 14, boleh lakukan pembelian di Hihonor, Lazada, Shopee atau di HONOR Experience Store seluruh negara.

 



Ketika ini, pembeli dari Hihonor atau HONOR Experience Store akan turut disertakan dengan aksesori sampingan berupa HONOR MagicWatch, HONOR Backpack, HONOR Bluetooth Mouse dan HONOR PVC Laptop Pouch yang kesemuanya bernilai RM817.

Artikel ini dibawakan oleh HONOR Malaysia