Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR MagicBook 14 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2,499

HONOR MagicBook 14 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2,499

Diterbitkan Julai 6, 2020 oleh Amalina Athman

HONOR Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan MagicBook 14 untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan model kedua MagicBook yang dilancarkan di Malaysia pada tahun ini.

MagicBook 14 dilengkapi dengan paparan IPS LCD bersaiz 14 inci dan mempunyai berat 1.38kg serta binaan kerangka aluminium. Ia dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen 5 3500U dengan integrasi grafik Radeon Vega 8. Pada bahagian memori pula, ia dilengkapi dengan RAM 8GB DDR4 serta 256GB PCIe SSD.

honor magicbook 14 malaysia
honor magicbook 14 malaysia
HONOR MagicBook 14 Bakal Hadir Di Malaysia 6 Julai Ini
HONOR MagicBook 14 Bakal Hadir Di Malaysia 6 Julai Ini

Hadir dengan kapasiti bateri 56Wh, ia dimuatkan dengan pengecasan 65W Type-C. Komputer riba ini turut mempunyai kamera web terbina dalam papan kekunci yang diletakkan di antara butang F6 dan F7.

harga magicbook 14

HONOR MagicBook 14 hadir dengan warna Mystic Silver dan ditawarkan pada harga RM2,499. Pembelian boleh dilakukan secara pra-tempah melalui Hihonor atau Shopee bermula 7 hingga 13 Julai. Setiap pembelian terawal akan menerima barangan percuma termasuk HONOR PVC Laptop Pouch, Watch Magic, bag galas dan tetikus bluetooth.

Selain itu, pra-tempah juga boleh dilakukan melalui HONOR Experience Store dan pengedar yang sah. Melaluinya, pembelian terawal akan menerima tetikus bluetooth, bag galas dan Watch Magic atau HONOR Band 5i.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY