Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mahu Kekalkan Kualiti Paparan iPhone 14 Pro, Apple Dilapor Minta Samsung Guna Kaedah Lebih Maju

Mahu Kekalkan Kualiti Paparan iPhone 14 Pro, Apple Dilapor Minta Samsung Guna Kaedah Lebih Maju

Diterbitkan Disember 29, 2022 ยท Dikemas kini Disember 29, 2022 oleh Amalina Athman

Bagi menghasilkan panel skrin iPhone 14 Pro dengan potongan berbentuk pil, Apple dilapor telah meminta Samsung, yang merupakan pembekal syarikat itu, untuk menggunakan kaedah pengeluaran lebih maju bagi melindungi paparan sekeliling daripada kemungkinan kerosakan dan kehilangan kualiti imej.

Berkaitan

  • Sebilangan Pengguna iPhone 14 Pro Lapor Masalah Skrin Dengan Garisan 'Berkelip'
  • Apple Dilapor Bimbang Dengan Jualan iPhone 14 Plus, Mahu Nilai Semula Barisan iPhone 15
  • Foxconn Dilapor Takkan Jadi Pembekal Eksklusif Untuk iPhone 15 Pro Dan 'Ultra'

Tidak seperti model iPhone lain yang mempunyai takuk, iPhone 14 Pro dan Pro Max merupakan model terawal yang menampilkan paparan berlubang. Laporan mengatakan Apple meminta Samsung untuk menggunakan peralatan inkjet tambahan apabila menghasilkan paparan kedua-dua model iPhone tersebut, bagi mengekalkan kualiti sekeliling panel OLED yang digunakan.

Menurut MacRumors (memetik laporan The Elec), untuk menghasilkan potongan berbentuk pil dalam paparan, Samsung perlu menggerudi lubang berbentuk pil secara terus dalam panel OLED. Bagaimanapun, dengan berbuat demikian bermakna terdapat kemungkinan piksel dan bahagian sekeliling panel boleh rosak, dan jika itu berlaku, ia mungkin akan terdedah kepada kelembapan dan oksigen.

Bagi mengelakkan kemungkinan terdedah kepada keadaan itu, Samsung dikatakan perlu membina “empangan” yang memisahkan potongan berbentuk pil daripada piksel di sekeliling panel.

Dalam pada itu, The Elec mengatakan LG Display yang juga pembekal paparan Apple, turut menggunakan kaedah yang sama dalam penghasilan paparan iPhone 14 Pro dan Pro Max.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY