Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch_Washington Post

Larangan Ditangguh, Apple Sambung Semula Jualan Watch Series 9 Dan Ultra 2 Di AS

Diterbitkan Disember 28, 2023 ยท Dikemas kini Disember 28, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam laporan semalam, Apple secara rasmi telah diharamkan untuk menjual serta mengimport Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 setelah pentadbiran Biden menolak untuk memveto keputusan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) Amerika Syarikat.

Terbaharu, Mahkamah Rayuan di Washington DC telah mengeluarkan penangguhan sementara bagi keputusan ITC. Bermakna, jualan kedua-dua peranti di AS boleh disambung semula- berkemungkinan sepanjang Januari atau lebih lama bergantung pada keputusan mahkamah kelak.

Berkaitan

  • Jualan Apple Watch Series 9, Ultra 2 Akan Dihentikan Di AS
  • Apple Kini Diharamkan Menjual Apple Watch Series 9, Ultra 2 Di Amerika Syarikat

Mahkamah Rayuan AS telah menerima permohonan kecemasan yang dikemukakan oleh Apple, sekali gus membolehkan larangan ke atas import Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 ditangguhkan sementara ia menyemak permintaan Apple untuk mengekalkan perintah itu.

Ketika ini, ITC mempunyai tempoh sehingga 10 Januari untuk memfailkan maklum balas terhadap permintaan Apple untuk penangguhan penuh sepanjang proses rayuan itu dijalankan.

Sekiranya mahkamah membenarkan penangguhan penuh sepanjang proses rayuan, Apple boleh meneruskan jualan sepanjang proses itu. Tetapi, jika sebaliknya, Apple perlu menghentikan semula jualan – sementara menunggu keputusan penuh mahkamah rayuan.

Dengan penangguhan larangan itu, Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 akan mula tersedia di Apple Store AS bermula hari ini. Sementara jualan dalam talian peranti itu ditetapkan untuk disambung semula mulai esok.

Sumber: Bloomberg, via MacRumors

Gambar utama: Washington Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY