Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pengembara malaysia singapura

Pengembara Antara Malaysia Dan Singapura Yang Lengkap Vaksinasi Tak Perlu Lagi Jalani Kuarantin

Diterbitkan Mac 24, 2022 oleh Nadiah Ab

Berikutan sidang media dari Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, sebentar tadi, beberapa protokol baharu telah diumumkan. Antaranya termasuk pelonggaran protokol bagi pengembara antara Malaysia dan Singapura mulai 1 April 2022.

Menurut Khairy, kedua-dua Perdana Menteri – Ismail Sabri dan Lee Hsien Loong – bersetuju untuk membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat antara Malaysia dan Singapura mulai 1 April 2022.

Golongan ini juga tidak perlu lagi menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan Covid-19 termasuk pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

Kelonggaran terbaharu ini terpakai ke atas semua kategori pengembara dan jenis pengangkutan darat.

Bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi yang melalui sempadan udara pula, mereka hanya diwajibkan untuk melakukan ujian Covid-19 dalam tempoh 2 hari sebelum berlepas dan tiada kuarantin serta ujian Covid-19 diwajibkan semasa ketibaan.

Walaupun banyak SOP akan dilonggarkan tidak lama lagi, ingin ditegaskan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan supaya dapat menghentikan rantaian wabak Covid-19.

Sumber: Sidang Media KKM

Baca juga:

  • Ini Definisi Vaksinasi Bermula 1 April 2022, Semak Jika Status Anda Berubah
  • Anda Boleh Bantu Golongan Yang Memerlukan Melalui Lazada
  • Terdapat Isu Teknikal Pada Sistem Janji Temu Vaksin Di Aplikasi MySejahtera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY