Apple MacBook Pro 2018 Hadir Dengan Kejutan – Skrin, Sistem Cip & Memori Dinaiktaraf
Dengan tetapan sebegitu, MacBook Pro 2018 boleh menjadi antara komputer riba pilihan untuk tahun ini dengan masalah seperti papan kekunci yang bising dan 'terlekat' sudah diperbaharui. Namun terdapat seorang YouTuber, Dave 2D telah mendapati MacBook Pro 2018 miliknya mempunyai masalah haba yang tinggi semasa digunakan.
https://youtu.be/Dx8J125s4cg
Masalah tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi MacBook Pro tersebut sehinggakan clockspeed asas diturunkan bagi mengawal suhu dalaman MacBook. MacBook pada hari ini tidak mempunyai sistem penyejukan menggunakan kipas seperti komputer riba lain dan hanya mengharapkan casis aluminium bagi memindahkan suhu ke luar.
Dave 2D seterusnya meletakkan MacBook Pro 2018 di dalam peti sejuk beku dan mendapati prestasi peranti itu dapat dipertingkatkan daripada prestasi normal. Setakat ini tidak dapat dipastikan lagi adakah masalah ini hanya melibatkan MacBook Pro Dave Lee atau semua.
Memandangkan cip Intel Core-i9 dengan clockspeed 2.9GHz merupakan cip berprestasi tinggi, Apple sepatutnya menghasilkan sistem penyejukan baharu yang dapat menampung beban haba yang dihasilkan oleh cip tersebut seterusnya memberikan pengalaman penggunaan profesional yang menyeluruh kepada siri MacBook Pro mereka.
Berkaitan
- Grab Perkenal Program Baru Untuk Bantu Perniagaan Kecil Semasa PKP
- Google Chrome incognito Memang Sulit, Tetapi Bos Anda Masih Boleh Melihatnya
- Samsung Electronics Dedahkan Tarikh Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018
- Xiaomi Senaraikan Peranti Redmi 6 Pro & Mi Pad 4 Sebelum Hari Pelancaran
- AMD Memperkenalkan Radeon Pro Duo Dengan 2 GPU Polaris Dalam Satu
- Huawei Mate 10 Pro Mencipta Rekod Pra-Tempahan Di Eropah Barat
- Cip T2 Berpotensi Proses Pembaikan Peranti Apple Menjadi Mustahil Untuk Pihak Ketiga
- Apple Menang Kes Saman Samsung Berkenaan Paten Slide-To-Unlock
- "iPad Pro Yang Bengkok Memenuhi Piawaian Kami", Naib Presiden Perkakasan Apple
- iPad Pro Kini Dengan USB-C Dan Face ID Untuk Paparan Yang Lebih Luas