Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macbook cip a18 rumors

MacBook Dengan Cip iPhone Dijangka Lancar Bulan Depan

Diterbitkan Februari 16, 2026 ยท Dikemas kini Februari 16, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dijangka memperkenalkan MacBook lebih mampu milik yang dikuasakan cip A18 Pro pada Mac depan, lapor Mark Gurman dalam edisi terbaru Power On.

Berbeza dengan MacBook Air atau Pro yang menggunakan cip khas untuk Mac, model mampu milik ini akan menggunakan cip yang terdapat pada iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max. Walaupun kurang berkuasa berbanding cip M1 atau M2 dalam MacBook sedia ada, ia dijangka masih cukup untuk tugasan harian.

Apple juga dilaporkan sedang mencuba beberapa pilihan warna unik untuk MacBook baharu ini. Gurman tidak menyatakan pilihan akhir, tetapi menyebut Apple telah menguji warna kuning muda, hijau muda, biru, merah jambu, perak klasik, dan kelabu gelap.

Dari segi perkakasan, MacBook baharu ini dijangka mempunyai skrin sedikit kurang daripada 13-inci, dengan binaan diperbuat daripada aluminium melalui proses pembuatan baharu.

Berkaitan

  • MacBook Dijangka Guna Pemproses iPhone, Harga Lebih Murah
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Apple Dijangka Lancar MacBook Mampu Milik Tahun Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY