Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mac Studio M2 Max Dan M2 Ultra Kini Di Malaysia, Harga Cecah RM38,199

Mac Studio M2 Max Dan M2 Ultra Kini Di Malaysia, Harga Cecah RM38,199

Diterbitkan Julai 10, 2023 · Dikemas kini Julai 10, 2023 oleh ariff bukhari

Akhirnya selepas sebulan dilancarkan, komputer meja Mac Studio dengan cip pemprosesan terbaru iaitu M2 Max dan M2 Ultra kini ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Bagi model Mac Studio dengan cip pemprosesan M2 Max, ia ditawarkan dengan harga bermula dari RM9,499.

Walau bagaimanapun harga itu boleh mencecah sehingga RM23,099 dengan spesifikasi tertinggi Apple M2 Max.

Mac Studio 2023 1
Mac Studio dengan cip Apple M2 Max hanya menyokong sehingga 96GB RAM sahaja.

Bagi model Mac Studio yang dikuasakan cip Apple M2 Ultra pula, ia ditawarkan pada harga bermula dari RM18,999.

Tetapi dengan spesifikasi tertingginya, harga model Mac Studio ini boleh mencecah RM38,199.

Mac Studio 2023 2
Mac Studio dengan cip Apple M2 Ultar menyokong sehingga 192GB RAM.

Mac Studio M2 Max Dan M2 Ultra sudah boleh dibeli secara atas talian menerusi stor rasmi Apple Malaysia.

Mac Studio M2 Max Dan M2 Ultra Kini Di Malaysia, Harga Cecah RM38,199
Mac Studio tidak didatangkan bersama dengan monitor, papan kekunci dan tetikus, ia dijual berasingan.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • MacBook Air 15-Inci Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM6,199
  • Samsung Dan MediaTek Catat Rekod Muat Naik 5G Selaju 363Mbps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY