Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Air 15 inci_2

MacBook Air 15-Inci Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM6,199

Diterbitkan Julai 10, 2023 · Dikemas kini Julai 10, 2023 oleh Amalina Athman

Pada awal Jun, Apple secara rasmi telah memperkenal MacBook Air 15-inci. Terbaharu, model ini telah pun mula dijual untuk pasaran tempatan.

Berkaitan

  • Apple Umum MacBook Air 15 Inci, Bateri Sehingga 18 Jam
  • Perbandingan Spesifikasi MacBook Air 13" (M2), MacBook Air 15" Dan MacBook Pro 13"

Mengenai spesifikasi, MacBook Air 15-inci dilengkapi skrin bersaiz 15.3-inci dengan paparan Liquid Retina. Ia didatangkan dengan janaan cip M2 bersama gandingan memori maksimum 24GB RAM dan sehingga 2TB storan.

MBA 15 1

Untuk jangka hayat bateri, ia dikatakan mampu bertahan sehingga 18 jam serta mempunyai sokongan pengecasan 35W Dual USB-C. Antara lainnya, MacBook Air 15-inci dimuatkan dua port Thunderbolt, USB 4, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3 dan sebagainya.

MacBook Air 15 inci

Apple MacBook Air 15-inci ditawarkan dengan empat pilihan warna termasuk Midnight, Starlight, Space Gray dan Silver. Ia dijual pada harga bermula RM6,199 dan kini tersedia di laman stor rasmi Apple Malaysia.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
©2026 WISER.MY