Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Dapatkan Kata Laluan Sementara

Posted on Mac 31, 2022

Bagi mereka yang memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tempoh hari, anda sudah boleh menyemak status kelulusan beberapa hari lalu di laman web www.bkm.hasil.gov.my.

Namun, disebabkan fasa pendaftarannya telah lama, mungkin anda sudah lupa kata laluan yang ditetapkan.

Ini langkah-langkah untuk menetapkan semula kata laluan baharu:

  1. Di laman web BKM, tekan ‘Terlupa kata laluan?‘.
  2. Masukkan nombor MyKad. Klik ‘Semak’.
  3. Masukkan e-mel berdaftar. Klik ‘Seterusnya’.
  4. Semak e-mel anda, BKM akan memberi anda kata laluan sementara.
  5. Log masuk semula di laman utama BKM dengan kata laluan sementara.

Log masuk semula di laman utama BKM dengan kata laluan baharu. Anda akan diminta masukkan kata laluan baharu sebelum anda dapat menyemak status permohonan.

Jangan lupa, kata laluan baru mesti mempunyai minimum 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.

Sumber: LHDN

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress