Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s scan and shop

Lotus’s Malaysia Sah Tamatkan Aplikasi Scan & Shop

Diterbitkan Ogos 12, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 13, 2024 oleh Amalina Athman

Lotus’s Malaysia hari ini mengesahkan aplikasi Scan & Shop akan ditamatkan.

Melalui siaran di platform X, syarikat itu tidak menyatakan perincian lanjut mengenai tarikh rasmi penamatan perkhidmatan itu. Bagaimanapun, aplikasi Scan & Shop dikhabarkan sudah tidak lagi boleh digunakan sejak beberapa bulan lalu.

Kami dengan berat hati mengumumkan Scan & Shop akan pencen awal.

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, bersama kita kenang semula momen happy dan ceria bila gunakan Scan & Shop.

Personally Bang Lo suka pasal ada phobia beratur. pic.twitter.com/31VkRNuQnD

— Lotus's Malaysia (@LotussMalaysia) August 12, 2024

Untuk makluman, aplikasi Lotus’s Scan & Shop membolehkan pengguna melakukan semakan harga barang secara terus dalam aplikasi dan memudahkan pembelian tanpa perlu beratur panjang di kaunter biasa.

Pengguna dengan mudah boleh memilih barangan, mengimbas dan kemudian membayarnya di kaunter khas atau kaunter layan diri.

Sementara itu, beberapa laporan sebelum ini menyatakan aplikasi Scan & Shop ditamatkan berikutan terdapat insiden penyalahgunaan oleh pelanggan, menyebabkan syarikat itu terpaksa menanggung kerugian.

Antaranya termasuk tidak mengimbas barangan dalam troli bagi jumlah yang sepatutnya sebelum membuat pembayaran dan sebagainya.

Berkaitan

  • Tambah Nilai Ke Dompet Aplikasi Bursa Gold Dinar Tiada Caj
  • Bantu KPDN Tangani Kenaikan Harga Barang Melalui Aplikasi 'Price Catcher'
  • Stor Google Play Akan Buang Aplikasi "Mengarut", Bermula 31 Ogos 2024 Ini
  • Maybank Halang Akses Aplikasi MAE Jika Kesan Perisian Hasad

Sumber: Lotus’s Malaysia

Gambar utama: MIX

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY