Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
price catcher

Bantu KPDN Tangani Kenaikan Harga Barang Melalui Aplikasi ‘Price Catcher’

Diterbitkan Julai 22, 2024 · Dikemas kini Julai 22, 2024 oleh ariff bukhari

Antara cara yang boleh pengguna lakukan sebagai usaha membantu Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak adalah dengan memuat turun aplikasi ‘Price Catcher‘.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, menerusi aplikasi tersebut, pengguna boleh membuat perbandingan harga dengan mudah dan sekiranya mengesan kenaikan mendadak ke atas harga barangan tertentu, Komuniti MADANI boleh memaklumkan kepada pegawai penerangan daerah yang bertugas di komuniti masing-masing.

Aplikasi Price Catcher yang dibangunkan oleh KPDN itu memaparkan maklumat harga untuk lebih daripada 480 barangan terpilih di pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit yang dipantau oleh lebih dari 1,000 Pegawai Pemantau Harga (PPH) KPDNHEP di seluruh negara secara harian mingguan dan bulanan.

Antara ciri-ciri utama aplikasi ini adalah carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan, perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan, fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map, berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial dan hebahan (pop up banner) mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.

WhatsApp Image 2024-07-22 at 16.22.29
WhatsApp Image 2024-07-22 at 16.23.30
WhatsApp Image 2024-07-22 at 16.24.11

Aplikasi Price Catcher boleh dimuat turun secara percuma dari peranti Android menerusi Play Store dan peranti iPhone atau iPad menerusi App Store.

Atau anda juga boleh melayari laman sesawang Price Catcher untuk melihat maklumat harga barangan keperluan mengikut negera dan kawasan.

Sumber: Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Bayaran Transaksi Shopee Naik Kepada 3.5% Bermula Ogos Ini
  • 'Scammer' Lebih Sasarkan Mangsa Berpendidikan Dan Berpendapatan Tinggi - Kajian

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY