Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_2

Stor Google Play Akan Buang Aplikasi “Mengarut”, Bermula 31 Ogos 2024 Ini

Diterbitkan Julai 23, 2024 ยท Dikemas kini Julai 23, 2024 oleh ariff bukhari

Google sedang mengemas kini dasar stor aplikasinya dengan menghendaki aplikasi Android di Stor Google Play mereka benar-benar berfungsi dengan contoh khusus.

Jadi, aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam Google Play tetapi “direka bentuk untuk tidak melakukan apa-apa” atau yang “tidak mempunyai fungsi” tidak akan lagi dibenarkan.

Sebagi contoh, aplikasi fail teks sahaja atau PDF.

Aplikasi dengan kandungan yang sangat sedikit dan tidak memberikan pengalaman pengguna yang menarik juga akan dibuang dari Google Play.

Malah aplikasi Android yang tidak berfungsi seperti memasang atau memuatkan, serta aplikasi yang tergendala atau menyebabkan isu crash juga tidak akan dibenarkan di stor Google Play selepas ini.

Suka diingatkan bahawa, walaupun aplikasi itu disenaraikan di Gedung Google Play Store atau Apple App Store, ia tidak bermakna dijamin selamat, bebas daripada perisian hasad atau berfungsi seperti yang dijangkakan.

Sesetengah aplikasi Android di Google Play didapati mengandungi perisian hasad yang banyak menyasarkan butiran peribadi penggunanya.

Jadi, dengan garis panduan yang lebih ketat dikenakan ini diharap akan membantu meningkatkan keselamatan keseluruhan aplikasi yang tersedia di dalam stor Google Play.

Sekali gus mewujudkan pengalaman pengguna yang lebih diyakini kepada pengguna Android.

Berkaitan

  • Google Play Store Mula Labelkan Aplikasi Rasmi Kerajaan
  • 'Scammer' Lebih Sasarkan Mangsa Berpendidikan Dan Berpendapatan Tinggi - Kajian

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY