Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logitech Sahkan Insiden Penggodaman Tapi Data Penting Pelanggan Selamat

Logitech Sahkan Insiden Penggodaman Tapi Data Penting Pelanggan Selamat

Diterbitkan November 20, 2025 oleh ariff bukhari

Logitech baru-baru ini mendedahkan syarikat itu berdepan insiden keselamatan siber yang melibatkan kecurian data daripada sistem IT dalaman syarikat.

Serangan ini berlaku melalui eksploitasi kelemahan zero-day pada perisian pihak ketiga, namun kelemahan tersebut telah ditampal segera selepas dikesan.

Logitech menegaskan bahawa insiden ini tidak menjejaskan produk, operasi perniagaan mahupun proses pembuatan mereka.

Data yang dicuri pula dipercayai hanya melibatkan maklumat terhad berkaitan pekerja, pengguna, pelanggan dan pembekal.

Tiada maklumat sensitif seperti nombor kad pengenalan atau kad kredit disimpan dalam sistem yang terjejas. Ekoran itu, Logitech memaklumkan pihak mereka telah bekerjasama dengan firma keselamatan siber luar untuk menyiasat dan mengambil langkah pemulihan, serta memaklumkan pihak berkuasa seperti yang diwajibkan.

Logitech juga menyatakan insiden ini tidak akan memberi kesan material terhadap kedudukan kewangan syarikat.

Mereka mempunyai polisi insurans keselamatan siber yang dijangka menampung kos siasatan forensik, gangguan perniagaan, tindakan undang-undang dan denda pengawalseliaan, tertakluk kepada had polisi.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Google Dedah 'Malware' Baharu Guna AI Untuk Ubah Kod Sendiri Dan Elak Dikesan
  • Malaysia Rugi Berbilion Ringgit Akibat Perlombongan Kripto Haram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY