Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PLUS tol

Motosikal Kena Tol Bermula Oktober? Ini Penjelasan LLM

Diterbitkan Ogos 11, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 11, 2025 oleh Amalina Athman

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya penunggang motosikal bakal dikenakan bayaran tol bermula Oktober 2025.

WhatsApp Image 2025-08-11 at 10.49.21 (1)
tangkap layar imej tular yang kini sudah dipadamkan

Dalam satu kenyataan, LLM menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak benar, mengelirukan dan berpotensi mencetuskan kebimbangan tidak berasas dalam kalangan penunggang motosikal.

LLM menegaskan bahawa tiada perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini, termasuk penunggang motosikal.

Menurut LLM, syarikat konsesi PLUS Malaysia Berhad kini sedang menjalankan ujian sistem pembayaran tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR). Sekiranya ujian berjaya, pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat bagi melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Orang ramai, khususnya pengguna lebuh raya bertol, dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat tidak sahih. Sebaliknya, pengguna digesa merujuk kepada sumber rasmi untuk mendapatkan pengesahan.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Sistem Tol Tanpa Palang Hanya Dijangka Bermula Seawal 2027
  • Tol Tanpa Palang Makin Hampir, PLUS Uji Pembayaran Tol Guna Nombor Plat Oktober Ini

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia
Gambar utama: Facebook//PLUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY