Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kingston Coldplay

Lirik Lagu Coldplay Tersembunyi Di Sebalik Firmware SSD Kingston

Diterbitkan Mei 10, 2023 · Dikemas kini Mei 11, 2023 oleh Amalina Athman

Kecoh sehari dua ini apabila Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert di Malaysia pada November ini. Namun, bukan itu yang menjadi isunya.

Penyelidik keselamatan, Nicholas Starke telah menemui lirik bagi salah sebuah lagu Coldplay yang didakwa tersembunyi di sebalik fail firmware solid-state drive (SSD) Kingston.

Seperti diketahui, Kingston merupakan jenama terkenal yang lazim dengan produk flash memory termasuk pemacu keras, pemacu USB dan pembaca kad.

Berkaitan

  • Mana Lebih Baik Antara SSD Dan HDD? Ini Perbandingan Ringkas Untuk Anda

Berbalik kepada konteks, Starke menemui lirik lagu Coldplay pada fail ZIP firmware SSD Kingston bagi versi “SKC2000_s2681103”. Versi ini kebiasaannya dijalankan pada SSD PCI Express Kingston seperti KC2000.

Coldplay The Scientist_Kingston

Dikeluarkan pada Januari 2020, versi khusus S2681103 memberikan peningkatan kepada prestasi dan keselamatan perkakasan storan data Kingston.

BleepingComputer kemudian turut memuat turun fail firmware berkenaan melalui laman web rasmi Kingston dan mengesahkan ia mengandungi lirik lagu hit Coldplay pada 2002, iaitu The Scientist.

Coldplay The Scientist

Tidak dapat dipastikan jika lirik yang tersembunyi ini mempunyai sebarang fungsi tertentu, contohnya, sebagai sampel data untuk ujian, atau hanya gurauan oleh pembangun syarikat.

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY