Light Umum Kerjasama Dengan Xiaomi & Sony Untuk Hasilkan Telefon Multi-Kamera Di Masa Hadapan

Syarikat pembangun produk fotografi digital Amerika, Light baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan Sony untuk membangunkan peranti multi-kamera di masa akan datang.

Terkini, mereka juga telah memeterai perjanjian perniagaan bersama Xiaomi atas tujuan yang sama.

Ia dilihat bertepatan dengan perkembangan terbaru industri telefon pintar masa kini di mana pengeluar peranti cenderung untuk tampil dengan lebih banyak kamera pada telefon keluaran mereka.

Kapsyen: The Verge


Light sebelum ini pernah hadir dengan telefon Light L16 yang memiliki 16 lensa kamera namun jualannya tidaklah begitu memberangsangkan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Light yakin mereka akan dapat membantu Sony untuk menghasilkan peranti dengan 4 atau lebih lensa kamera selepas ini.

Manakala untuk Xiaomi pula, mereka mahu membawa kualiti fotografi DSLR kepada produk keluaran syarikat dari China itu nanti.

Untuk rekod, kerjasama terbaru Light bersama HMD Global dalam membangun Nokia 9 PureView dengan 5 kamera utama telah berjaya menghasilkan kualiti fotografi ditahap yang tinggi.

 

Sumber: The Verge