LG V30 Sah Dilengkapi Dengan Lensa f/1.6, Telefon Pertama Di Dunia Dengan Ciri Tersebut

LG sudah mengesahkan bahawa telefon pintar V30 bakal dilengkapi dengan  sistem dwi kamera  utama beserta lensa f/1.6.

Jika diamati pada siri V keluaran terdahulu, ia sememangnya sinonim dengan keupayaan menghasilkan gambar dan video yang berkualiti tinggi. Selain itu, syarikat juga telah mendedahkan tarikh pelancaran untuk peranti yang dijadualkan berlangsung pada  31 Ogos depan.



Berbalik kepada sistem lensa f/1.6, LG V30 merupakan telefon pintar pertama di dunia mempunyai lensa itu setakat ini dan untuk perbandingan...

  • Samsung Galaxy S8 dan HTC U11 - lensa aperture f/1.7

  • LG G6 - f/1.8 dan

  • Google Pixel - f/2.0.


Mungkin ada diantara anda yang kurang faham mengenai lensa aperture ini. Lensa aperture ini ditanda sebagai contoh F11 hinggalah F1.4. Ia bermaksud bukaan diafragma lensa untuk cahaya masuk dan menghasilkan imej yang berkualiti (sama dengan konsep mata).

Kapsyen: Contoh bukaan diafragma lensa aperture


Untuk mudah difahami, semakin besar bukaan lensa, semakin banyak cahaya yang masuk dan imej yang terhasil lebih jelas. Menurut LG, lensa f/1.6 itu mampu menghantar 25% lebih cahaya kepada sensor berbanding lensa f/1.8.

Selain itu, V30 dikhabarkan akan tampil dengan ciri...

  • pengesan laser AF serta

  • penstabilan imej optik dan elektronik


...ditambah dengan penggunaan lensa Crystal Clear yang mampu mengumpul lebih cahaya daripada lensa plastik yang biasa.

Difahamkan peranti baru ini bersaiz 30% lebih kecil daripada model V20. Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan pelancarannya hujung bulan ini.