Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirAsia Tambah 4 Laluan Baharu Ke Indonesia

Letusan Gunung Berapi Lewotobi Jejaskan Sejumlah Penerbangan AirAsia

Diterbitkan November 14, 2024 oleh ariff bukhari

Letusan berterusan Gunung Lewotobi di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur, Indonesia telah menyebabkan awan abu vulkanik yang berpotensi mengganggu ruang udara di kawasan itu.

Abu vulkanik membahayakan keselamatan penerbangan berdekatan.

Akibatnya, beberapa penerbangan melibatkan AirAsia Malaysia (AK), AirAsia Thailand (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia X Malaysia (D7) pada 13 November 2024 telah dibatalkan atau dijadualkan semula sejak 4 November 2024.

AirAsia telah memaklumkan semua penumpang mereka yang terjejas melalui emel dan SMS mengenai status penerbangan serta pilihan pemulihan, dan sedang berusaha memastikan perjalanan dapat disambung semula dengan selamat.

Jika anda penumpang yang terjejas, anda disarankan menyemak status penerbangan terkini di airasia.com/flightstatus.

AirAsia memaklumkan mereka akan terus memantau aktiviti Gunung Lewotobi dan akan mengemas kini nasihat perjalanan apabila operasi normal disambung.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Viu Premium Sedang Tawar Diskaun Langganan 50% Untuk Masa Terhad, RM55 Sahaja 1 Tahun
  • Unifi Tawar Pascabayar UNI5G Percuma 6 Bulan Kepada Pelanggan Home Broadband

Sumber: AirAsia Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY