Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo ACM-color-accuracy-B

Lenovo Perkenalkan Barisan Yoga Dan IdeaPad Baharu, Harga Bermula RM3,599

Diterbitkan September 6, 2024 · Dikemas kini September 6, 2024 oleh ariff bukhari

Lenovo hari ini mengumumkan penambahan terbaharunya pada portfolio Copilot+ PC nya menerusi Lenovo Yoga dan Lenovo IdeaPad di Lenovo Innovation World 2024.

Barisan portfolio tersebut meliputi Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition (15″, 9), Lenovo Yoga Pro 7 (14”, 9), Lenovo IdeaPad 5x 2-in-1 (14”, 9), Lenovo IdeaPad Slim 5x (14”, 9), Lenovo IdeaPad Slim 5 (15”, 10) dan Lenovo IdeaPad Slim 5 (13”, 10).

Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition (15″, 9)
Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition (15″, 9).
Lenovo Perkenalkan Barisan Yoga Dan IdeaPad Baharu, Harga Bermula RM3,599
Yoga Pro 7 14″, 9.
Lenovo Perkenalkan Barisan Yoga Dan IdeaPad Baharu, Harga Bermula RM3,599
Lenovo IdeaPad Slim 5 (15”, 10).
Lenovo Perkenalkan Barisan Yoga Dan IdeaPad Baharu, Harga Bermula RM3,599
Lenovo IdeaPad Slim 5 (13”, 10).
Lenovo Perkenalkan Barisan Yoga Dan IdeaPad Baharu, Harga Bermula RM3,599
Lenovo IdeaPad 5x 2-in-1 (14”, 9).

Bagi Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition, ia dilengkapi cip Intel® Evo™ Edition dengan ciri AI Copilot+ dikuasakan oleh Intel Core™ Ultra (Series 2).

Lenovo Yoga Pro 7 (14”, 9), Lenovo IdeaPad Slim 5 (15”, 10) dan Lenovo IdeaPad Slim 5 (13”, 10) pula dikuasakan oleh cip AMD Ryzen™.

Manakala Lenovo IdeaPad Slim 5x (14”, 9) dan Lenovo IdeaPad 5x 2-in-1 (14”, 9) dikuasakan oleh cip Snapdragon® X Plus 8 teras.

Berikut adalah ketersediaan dan harga jualan bagi setiap peranti Lenovo terbaru ini di pasaran tempatan:

  • Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition (15″, 9) dijangka tersedia pada Oktober 2024 bermula pada RM7,229.
  • Lenovo Yoga Pro 7 (14″, 9) dijangka tersedia pada Oktober 2024 bermula pada RM7,499.
  • Lenovo IdeaPad 5x 2-dalam-1 (14″, 9) dijangka tersedia pada September 2024 bermula pada RM4,599.
  • Lenovo IdeaPad Slim 5x (14″, 9) dijangka tersedia pada September 2024 bermula pada RM4,999.
  • Lenovo IdeaPad Slim 5 (15″, 10) dijangka boleh didapati mulai Oktober 2024 pada harga RM3,599.

Sementara butiran lanjut tentang ketersediaan dan harga  yang disyorkan bagi Lenovo IdeaPad Slim 5 (13″, 10) pula akan diumumkan kemudian.

Untuk mengetahui lebih lanjut barisan produk Lenovo terbaru ini, layari laman rasmi Lenovo Malaysia.

Beli barisan produk Lenovo dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllnspn
  • Lazada – https://invol.co/cllnspg

Sumber: Siaran media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY