Lenovo Legion Phone Duel Akan Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia 20 Oktober Ini

Lenovo hari ini mengumumkan bahawa peranti pintar gaming pertama mereka, Lenovo Legion Phone Duel akan dilancarkan buat pasaran Malaysia minggu hadapan iaitu pada 20 Oktober.



Mengimbas kembali, peranti ini hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.59 inci bersama resolusi FHD+. Ia menyokong kadar segar semula 144Hz serta kadar input 240Hz.

 

 

Dimuatkan dengan cip Snapdragon 865+ dan GPU Adreno 650. Peranti ini sudah pasti akan memberikan saingan terhadap nama-nama lain seperti ROG Phone dan Black Shark.

Tiada lagi harga rasmi yang diumumkan lenovo untuk pasaran Malaysia. Ia akan diumumkan kelak selepas dilancarkan nanti.