Ura-ura yang sebelum ini yang mengatakan telefon ROG baharu akan melangkau penamaannya, kini ia rasmi dengan nama ROG Phone 5.
Ini bermakna, tiada telefon dengan nama ROG Phone 4 yang mana ramai mengetahui bahawa angka ini tidak "Ong".
Walau apapun, ROG Phone 5 akan dilancarkan lagi 19 hari iaitu pada 10 Mac 2021 jam 7 malam waktu Taipei.
Kami menjangkakan telefon gaming Asus ini lebih berkuasa berbanding model terdahulu.
Ini termasuk cip Snapdragon 888, bateri 6000mAh, skrin 6.78 inci OLED, RAM sehingga 16GB dan tiga tetapan kamera.
Antara ciri menarik yang dijangka adalah kehadiran AniME Matrix atau panel skrin kedua pada bahagian belakang.
Malah, telefon Asus ROG Phone 3 sebelum ini juga dipilih menjadi telefon pilihan dan popular dalam kalangan pembaca Wiser.MY.
Sumber: asus rog via xdadevelopers
Berkaitan
- Peminat iPhone Mungkin Perlu Tunggu Lagi Untuk Imbasan Cap Jari Di Skrin
- iPhone SE Dengan Cip A15 Mungkin Diperkenalkan Pada Tahun Depan
- Google Pixel 6 Dijangka Diumum Sebelum Pelancaran iPhone 13
- Samsung Exynos 2100 Menandingi Snapdragon 875 Dan Lebih Jimat Tenaga
- Pra-Tempah vivo Y76 Bermula Hari Ini, Kamera 50MP Dengan Harga RM1299
- Apple Lancarkan Program Gantian Untuk iPhone 11 Yang Mengalami Masalah Skrin Sentuh
- OnePlus 9 Akan Hadir Dengan Snapdragon 875 Dan 8GB RAM
- Garmin Melancarkan Forerunner 745 Berharga RM 2,499
- OPPO Band Dilancarkan, Berharga Hanya RM159
- ASUS ROG Phone 5 Jadi Telefon Pertama Yang Hadir Dengan 18GB RAM