Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 5 wide

ROG Phone 5 Tersenarai Dalam TENAA China – Hadir Dengan Dwi-Bateri

Diterbitkan Februari 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Setelah banyak spekulasi berkaitan peranti andalan daripada Asus, ROG Phone 5 kini semakin hampir dengan pelancarannya apabila ia dilihat tersenarai dalam TENAA China.

Berdasarkan senarai tersebut, ia memaparkan gambar serta beberapa spesifikasi utama bagi peranti ini.

Peranti yang mungkin dinamakan ROG Phone 5 dengan nombor model I005DA ini akan dikuasakan cip Snapdragon 888 dan dimuatkan bateri berkapasiti 6000mAh.

Apa yang uniknya dalam peranti tersebut adalah ia menggunakan dwi-bateri dimana satu bateri berkapasiti 3000mAh. Selain itu, dikatakan juga ia menyokong pengecasan super-pantas.

ROG Phone 5

ROG Phone 5 akan dilengkapi tiga tetapan kamera dengan kamera utama 64MP dan pada bahagian belakang ini juga akan hadir dengan paparan kedua seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Namun, gambar yang didedahkan ini kelihatan lebih menarik kerana terdapat logo ROG yang seperti kita lihat pada komputer riba ROG Zephyrus 14 iaitu AniMe Matrix.

Tambahan lagi, ia bakal menggunakan skrin AMOLED berukuran 6.78 inci bersama-sama pengimbas cap jari terbina di bawah skrin. Dijangka juga hadir dengan kadar penyegaran 144Hz dan paparan FHD+ atau QHD+.

Walau bagaimanapun, kesemua spesifikasi ini masih belum tepat dan sama-sama kita nantikan pelancaran peranti gaming idaman ramai ini.

Sumber: 1 via

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY