Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE

iPhone SE 5G Dijangka Hadir April Nanti, Mungkin Ini Rupa Bentuknya

Diterbitkan Januari 20, 2022 oleh Amsyar Latif

Sejak tahun lalu lagi, peranti Apple mampu milik iPhone SE bakal menerima pengganti baharunya. Ia mungkin dinamakan sebagai iPhone SE 5G.

Menurut perunding industri paparan terkenal Ross Young, beliau menyatakan panel untuk iPhone SE baharu nanti sedang dalam proses pengeluaran bulan ini. Bermakna, model terbaru Apple itu dijangka akan diumumkan sekitar lewat April atau awal Mei 2022.

Seperti sedia maklum, khabar angin yang berlegar di internet mendakwa rupa bentuk iPhone SE 5G ini masih menggunapakai model iPhone SE (2020). Luarannya tampak sama, di dalam adalah berbeza.

Apple 5G SE model starting panel production this month. Phone production likely from March. This means a launch is likely for 2H April/early May with shipments from late April or early May.

— Ross Young (@DSCCRoss) January 19, 2022

Bagaimanapun, coverpigtou berkongsikan model dummy bagi iPhone SE baharu tersebut. Melaluinya, panel belakang dilihat masih sama. Namun, bahagian hadapan tidak memperlihatkan butang untuk Touch ID.

iPhone SE 3 dummy bottom
iPhone SE 3 dummy front

Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi yang mana iPhone SE 2022 menggunakan Face ID. Akan tetapi, desas-desus mengatakan paparan iPhone SE ini adalah seluas 5.7 inci. Jadi, tidak mustahil butang Touch ID itu dibuang.

Dari segi spesifikasi, peranti ini berkemungkinan besar menampilkan spesifikasi dalaman yang ada pada iPhone 13. Ini kerana, sekiranya iPhone SE memang menawarkan rangkaian 5G, hanya dua siri iPhone sahaja mempunyai sokongan tersebut. Pertama siri iPhone 12 dan kedua siri iPhone 13.

Sumber: apple insider, coverpigtou

Baca juga:

  • iPhone SE 5G Diramal Bakal Dilancar Dalam Beberapa Bulan Sahaja Lagi

  • iPhone SE 2022 Kekal Dengan Rekaan Lapuk, Tapi Sokong 5G

  • Apple Kembali Di Puncak, Atasi Xiaomi Dan Pesaing Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY