Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 5s

Telefon Gaming Terbaru ROG Phone 5s Selamat “Mendarat” Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 8, 2021 · Dikemas kini Oktober 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Mac lalu, ROG Phone 5 secara rasmi tiba di Malaysia. Kini, ASUS ROG mengumumkan kehadiran peranti terbaru daripada mereka, iaitu ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro.

Menerusi telefon gaming baharu ini, kedua-duanya tampil dengan cip pemproses Snapdragon 888+ bersama padanan memori sehingga 18GB LPDDR5 RAM dan storan dalaman hingga 512GB UFS 3.1.

ROG_Phone 5s

Selain itu, skrinnya dilengkapi paparan Samsung E4 AMOLED bersama kadar segar semula 144Hz dan input sentuh (touch sampling rate) 360Hz serta latensi 1ms, yang mana lebih baik berbanding terdahulu.

Pre-order ROG Phone 5s
ROG Phone 5s Accessories

Bagi varian Pro, ia mempunyai panel PMOLED dengan paparan ROG Vision pada bahagian belakang. Sementara spesifikasi lain adalah sama seperti ROG Phone 5.

Berikut adalah harga rasmi ROG Phone 5s di Malaysia:

  • ROG Phone 5s (8+128GB) – RM2999
  • ROG Phone 5s (16+256GB) – RM3799
  • ROG Phone 5s Pro (18+512GB) – RM4999

Bersempena ketibaannya, ROG mengadakan promosi di Lazada mulai hari ini (8 Oktober) hingga 24 Oktober 2021 di mana pembeli yang sudah pra-tempah layak menerima 1x ROG Strix GO 2.4 dan juga menerima diskaun RM100 serta ROG Clip.

Sumber: Siaran Akhbar ASUS ROG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY