Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone storage

Storan iPhone Berkurang? Ikuti Langkah Mudah Ini

Diterbitkan Mei 25, 2021 · Dikemas kini Disember 30, 2021 oleh Amsyar Latif

Selain keluhan dan bebelan pengguna iPhone terhadap prestasi serta kesihatan bateri, satu lagi yang sering diperbualkan adalah masalah storan yang semakin berkurang.

Tidak seperti pengguna Android, mereka mempunyai banyak pilihan seperti memindahkan fail ke dalam kad mikroSD atau memadamkan ‘cache’ pada aplikasi.

Oleh itu, di sini adalah cara bagaimana untuk anda menambah balik storan yang sudah ‘hilang’ itu.

Mula-mula sekali, anda perlu pergi ke Settings>General>iPhone Storage. Kemudian, anda boleh dapat maklumat aplikasi mana yang mengambil paling banyak storan telefon.

iPhone storage 1

Jika WhatsApp yang paling banyak mengambil storan dalaman, caranya adalah perlu ke aplikasi itu sendiri untuk buang mana-mana gambar atau video yang tidak berkenaan.

Sekiranya media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram atau TikTok, anda boleh uninstall dan install semula aplikasi tersebut. Ini akan memberikan balik storan yang berkurang.

Namun, jika anda berasa takut-takut, anda boleh klik pada Offload Apps. Ia adalah ciri yang diberikan Apple dimana memudahkan anda untuk membuang aplikasi yang jarang digunakan tetapi pada masa yang sama, data aplikasi masih disimpan.

iPhone storage 2

Atau pun, anda boleh pilih sendiri aplikasi yang jarang digunakan, seterusnya klik pada Offload Apps. Bagi aplikasi yang sudah di offload, ia akan memaparkan ikon awan dimana anda boleh memuat turunnya semula jika perlu.

iPhone storage 3

Kebiasaannya, anda dapat kembalikan sehingga 5GB atau pun lebih lagi storan dalaman peranti.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan kali ini, semoga berguna dan bermanfaat.

Foto utama: Apple Insider

Baca juga:

  • Cara Kurangkan Ruang Storan Yang Diambil WhatsApp Di Telefon
  • Baca juga – Apple Kongsi Macam Mana Aplikasi Menjejak Pengguna

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY