Kappa x One Piece - Kerjasama Kedua Kappa Dengan One Piece

 



Jenama pakaian Kappa sekali lagi bekerjasama dengan siri anime popular, One Piece, untuk menghasilkan koleksi pakaian yang menarik. Tentunya, koleksi ini mesti dimiliki oleh setiap peminat dan pengikut siri itu. Koleksi Kappa x One Piece sebenarnya merupakan koleksi kedua barangan Kappa bersama One Piece, yang bakal dilancarkan pada musim luruh/sejuk.

Koleksi pertama menampilkan gambaran semula logo Kappa dengan protagonis Monkey D. Luffy yang duduk membelakangi ahli-ahli Straw Hat Pirates, menggantikan logo Kappa yang biasa.

Manakala koleksi kedua menampilkan rekaan hoodie dan kemeja-T yang lebih menarik, dengan membawa kembali rekaan klasik lapisan pada lengan baju Kappa.



Selain itu, watak-watak kegemaran ramai yang memakai pakaian Kappa dijadikan grafik pada baju, seperti Luffy yang direka memakai baju sejuk Kappa. Ada juga logo "To Be Continued" di depan, dengan grafik watak yang memakai pakaian Kappa di bahagian belakang. Pelbagai pilihan warna ditawarkan, iaitu beige, putih, merah, kelabu, dan hitam.

Koleksi kedua Kappa x One Piece dilancarkan pada 18 September di laman web One Piece dan laman web Avex Japan.

Sumber: Modern Notoriety & Hypebeast

Baca lagi: Vans x MoMA – Bertemakan Karya Seni Artis-Artis Terkemuka Dunia