Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC: Pengguna Berhak Dapat Kualiti Perkhidmatan Terbaik

Lebih Separuh Aduan Diterima MCMC Adalah Berkaitan Berkongsi Kandungan Lucah – Menteri

Diterbitkan Mac 1, 2023 · Dikemas kini Mac 2, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching memaklumkan sebanyak 1,631 daripada 2,825 aduan yang diterima serta disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) adalah atas kesalahan menyebar kandungan berunsur lucah.

58% aduan itu berhubung kesalahan menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial dalam tempoh 2009 hingga semalam (28 Februari 2023).

Selain itu beliau juga memaklumkan, rekod aduan menyebar kandungan jelik adalah sebanyak 546 kes, diikuti kandungan sumbang (7 aduan), kandungan palsu (574 aduan) dan baki 74 aduan lagi  melibatkan kandungan mengancam dan kandungan sumbang.

Beliau berkata, sebanyak 108 kes sedang disiasat, 115 kes telah pun didakwa di mahkamah, 40 kes pula sudah dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan RM138,250 dan 84 kes lagi telah dikeluarkan notis amaran.

Kesemua kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang mana jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnyaRM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Berkaitan

  • Mufti WP Perjelas Hukum 'Buy Now Pay Later'
  • Elon Musk Rampas Semula Takhta Individu Terkaya Di Dunia
  • LHDN Nafi Isu Kebocoran Data Pembayar Cukai

Sumber: BERNAMA, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY