Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih 6 Juta Pengguna Cuba Muat Turun Perisian Hasad ‘Extension’ Pelayar Sejak 2020

Lebih 6 Juta Pengguna Cuba Muat Turun Perisian Hasad ‘Extension’ Pelayar Sejak 2020

Diterbitkan Ogos 17, 2022 oleh Amalina Athman

Sejak 2020, Kaspersky menyatakan telah menghalang kira-kira 6 juta pengguna daripada memuat turun perisian hasad yang menyamar sebagai ‘extension’ atau sambungan pada pelayar. Untuk separuh pertama 2022 sahaja, lebih 1.3 juta telah mencuba untuk memasang sambungan pelayar dengan perisian hasad itu.

Berkaitan

  • Pengguna Chrome Jaga-Jaga, Perisian Hasad Paling Bahaya Di Dunia Curi Data Kad Kredit
  • 17 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Perisian Hasad Perbankan
  • 10 Ikon Aplikasi Ini Paling Banyak Dimanipulasi Penggodam Untuk Perisian Hasad

Kebanyakan ‘extension’ itu digunakan sebagai adware bagi menyasarkan pengguna dengan iklan. Perisian iklan yang dipaparkan kebiasaannya adalah berdasarkan sejarah carian pada pelayar, bagi tujuan menarik minat pengguna.

Lebih 6 Juta Pengguna Cuba Muat Turun Perisian Hasad ‘Extension’ Pelayar Sejak 2020

Jika diperhati, adware ini akan meniru aplikasi popular seperti Google Translate atau ‘extension’ dengan fungsi yang berguna seperti PDF Convertor atau Video Downloader. Ia seterusnya akan memasukkan iklan, mengumpul data tentang sejarah pelayar dan lain-lain.

Menurut Kaspersky, Google pada tahun 2020 telah mengeluarkan 106 sambungan pelayar dengan perisian hasad pada Chrome Web Store. Kesemuanya digunakan untuk ‘menyedut’ data pengguna yang sensitif termasuk ‘cookies’ dan kata laluan. Secara keseluruhan, sambungan dengan perisian hasad ini telah dimuat turun sebanyak 32 juta kali, dan meletakkan data berjuta-juta pengguna dalam risiko ancaman siber.

Sumber: Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY