Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad debit credit kredit card

Pengguna Chrome Jaga-Jaga, Perisian Hasad Paling Bahaya Di Dunia Curi Data Kad Kredit

Diterbitkan Jun 10, 2022 oleh ariff bukhari

Jika anda pengguna pelayar Chrome, anda mungkin akan berfikir kembali untuk menyimpan maklumat kad kredit anda itu ke dalam pelayar tersebut.

Ini kerana, pasukan penyelidik keselamatan dari Proofpoint Threat Insights telah mengesan aktiviti perisian hasad yang dianggap sebagai paling merbahaya di dunia iaitu Emotet kini aktif mencuri info kad kredit dari pelayar Chrome.

Selepas mencuri info kad kredit seperti nama, tarikh luput kad, serta nombor kad, Emotet akan menghantarnya ke pelayan lain yang dikawal penjenayah.

On June 6th, Proofpoint observed a new #Emotet module being dropped by the E4 botnet. To our surprise it was a credit card stealer that was solely targeting the Chrome browser. Once card details were collected they were exfiltrated to different C2 servers than the module loader. pic.twitter.com/zy92TyYKzs

— Threat Insight (@threatinsight) June 7, 2022

Pada asalnya, Emotet adalah perisian hasad perbankan di mana ia pertama kali dikesan melancarkan serangannya dalam tahun 2014 dahulu.

Emotet yang dianggap sebagai salah satu daripada perisian hasad paling merbahaya di dunia bukan sahaja kembali aktif mutakhir ini tetapi juga berevolusi dengan mengubah taktik penyebaran dan serangannya.

Pada tahun 2018 dahulu, hanya dalam tempoh sebulan sahaja sekitar 19 juta kes melibatkan jangkitan Emotet telah dikesan berlaku di seluruh dunia.

Emotet menjadikan pengguna komputer Windows sebagai mangsanya.

Sumber: bleepingcomputer

Baca juga:

  • Buang Segera Aplikasi Pengesahan 2 Faktor Ini Selepas Dikesan Membawa Perisian Hasad Vultur
  • Hati-Hati Dengan Sumber Windows 11 Kerana Ada Yang Mengandungi Perisian Hasad
  • Crackonosh, Perisian Hasad Baharu Dalam ‘Game’ Cetak Rompak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY