Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ikon aplikasi

10 Ikon Aplikasi Ini Paling Banyak Dimanipulasi Penggodam Untuk Perisian Hasad

Diterbitkan Ogos 5, 2022 oleh ariff bukhari

Virus Total dalam laporan mereka bertajuk “Deception At Scale: How Malware Abuse Trust” mendedahkan, ikon aplikasi-aplikasi yang paling banyak ditiru penggodam bagi menipu mangsanya.

Tujuan penggodam menghasilkan perisian hasad dengan ikon menyerupai aplikasi sebenar adalah bagi mengelirukan mangsa kononnya aplikasi tersebut adalah aplikasi sebenar.

Walhal aplikasi tersebut hanyalah mimik kepada ikon aplikasi sebenar itu sahaja.

3 Ikon aplikasi yang paling popular menjadi pilihan penggodam untuk perisian hasad mereka adalah ikon aplikasi Skype, Adobe Acrobat dan VLC.

Berkaitan

  • "Kami Akan Memberikan Lebih Perlindungan Dari Perisian Hasad Kepada Pengguna Chrome, Hanya Jika Mereka Log Masuk Ke Akaun Google" - Google
  • "Android Ada Lebih Banyak Perisian Hasad Dari iOS" - Tim Cook
  • 17 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Perisian Hasad Perbankan

Berikut adalah ikon 10 aplikasi yang paling banyak ditiru penggodam untuk perisian hasad mereka:-

  • 28.0%Skype
  • 18.2% Adobe acrobat
  • 17.6% VLC
  • 11.5% 7zip
  • 7.5% Team Viewer
  • 5.6% CCleaner
  • 2.5% Microsoft edge
  • 2.3% Steam (Valve)
  • 1.8% Zoom
  • 0.8% Whasapp

virus total

Menurut Virus Total, mimik ikon aplikasi  adalah salah satu cara paling mudah yang biasa digunakan penggodam dan berkesan menipu mangsa mereka.

Malah trend perisian hasad mimik ikon aplikasi-aplikasi sebenar dilihat semakin popular dan perkembangan ini membimbangkan.

Sumber: VirusTotal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY