Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laporan Counterpoint: Huawei Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Bagi Bulan Mei

Laporan Counterpoint: Huawei Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Bagi Bulan Mei

Diterbitkan Julai 1, 2020 · Dikemas kini Julai 15, 2020 oleh Helmi Samsuri

Setiap pengeluar telefon pintar sudah tentu mempunyai misi menjadi pengeluar terbesar dalam pasaran mudah alih global. Sepertimana yang kita telah lihat sebelum ini, Huawei sedia menyatakan hasrat mereka untuk memintas Samsung yang selesa berada dikedudukan teratas.

Namun begitu, setahun yang lalu gergasi teknologi dari China itu telah disekat dari berurusan dengan syarikat berasal dari Amerika Syarikat. Ia secara tidak langsung merencatkan sedikit perancangan dalam merapatkan jurang dengan Samsung.

Walaupun dilanda dengan pelbagai kemelut perdagangan, laporan Counterpoint Research telah memperlihatkan Huawei berjaya memintas Samsung. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan pasaran teknologi global itu, Huawei telah naik ke tangga pertama sebagai pengeluar telefon pintar global terbesar bulan April dan Mei.

Laporan Counterpoint: Huawei Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Bagi Bulan Mei

Pada April, dilaporkan Huawei berjaya meraih pegangan pasaran dengan 21.4% sementara Samsung hanya 19.1%. Bagi bulan Mei pula, peratusan Huawei mula menurun tetapi syarikat berkenaan kekal berada diatas dengan 19.1% berbanding Samsung yang memiliki 19.6%. Tetapi jurang perbezaan tersebut semakin hampir dan pengeluar siri Galaxy berkemungkinan besar memintas Huawei bagi bulan Jun.

Difahamkan, Samsung berjaya merapatkan kedudukan dengan Huawei pada Mei lanjutan daripada peningkatan jualan di Amerika Syarikat. Pada bulan tersebut, pasaran AS menyaksikan pertambahan jualan telefon pintar sebanyak 8.4 juta unit berbanding April yang hanya merekodkan 5.4 juta unit dengan peningkatan sekitar 56%.

Syarikat lain seperti Apple memperoleh 13%, sementara Xiaomi, Vivo dan OPPO pula masing-masing memiliki 8% pegangan pasaran telefon pintar global. Lain-lain pengeluar pula disekali dalam “others” dan memiliki bahagian paling besar dalam pasaran dengan 23%.

Sumber: THE ELEC

Beli peranti dari Huawei di:

Lazada: https://invol.co/clpsxq

Shopee: https://invol.co/clpsxs

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY