Huawei Mahu Atasi Samsung Untuk Muncul Pengeluar Telefon Nombor Satu Dunia Pada Tahun Ini

Syarikat pengeluar telefon pintar China, Huawei pada tahun lepas telah berjaya memintas kedudukan Apple untuk muncul sebagai pengeluar peranti kedua terbesar dunia.
Baca juga: Huawei Pintas Apple Buat Pertama Kali Dalam Pasaran Telefon Pintar

Satu-satunya pengeluar yang berada di atas mereka ialah Samsung. Tidak mahu berdiam diri, Huawei mensasarkan untuk mengambil alih kedudukan Samsung pada tahun ini.



Keyakinan itu telah dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Richard Yu semasa satu acara persidangan di Beijing baru-baru ini(via Reuters).

Beliau turut yakin ia mampu dicapai walaupun dengan adanya pasaran Amerika Syarikat ataupun tidak.

Untuk menjadikannya sebuah kenyataan, Huawei dijangka akan bergantung harap kepada model-model utama mereka tahun ini seperti Nova 4, siri P30, siri Mate 30 serta sebuah peranti boleh lipat yang belum dinamakan secara rasmi lagi.

 

Sumber: Android Authority