Cita-cita tersebut nampaknya akan mengambil masa yang lebih lama.
Huawei yang bercita-cita untuk menjadi sebagai syarikat pengeluar telefon pintar terbesar di dunia pada tahun ini nampaknya terpaksa menangguhkan dahulu hajat tersebut.
Disebalik keupyaan mereka menjual sebanyak 500 ribu hingga 600 ribu telefon pintar sehari, mereka terpaksa mengakui bahawa masa yang diperlukan untuk mencapai cita-cita tersebut akan mengambil lebih masa dari apa yang dirancang mereka.
Ia dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Pengguna Perniagaan Huawei, Shao Yang baru-baru ini.
“We would have become the largest in the fourth quarter (of this year) but now we feel that this process may take longer,”
Komen tersebut muncul selepas kerajaan Amerika telah menyenarai hitam Huawei dan menyekat syarikat gergasi China itu daripada menjalankan sebarang bentuk urusan perniagaan bersama syarikat-syarikat teknologi Amerika.
Malah beberapa syarikat teknologi dari beberapa negara yang bersekutu dengan Amerika juga telah turut memutuskan sebarang urusan bersama Huawei, susulan daripada tindakan yang dibuat oleh A.S.
Pada Januari awal tahun ini, pihak Huawei telah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi pengeluar telefon pintar tyerbesar di dunia pada suku keempat tahun 2019. Walaupun tanpa pasaran A.S.
Tetapi disebabkan oleh sekatan yang dimulakan A.S ke atas mereka turut mempengaruhi urusan mereka bersama syarikat global yang lain, ia telah memberikan kesan yang teruk kepada Huawei dalam usaha mereka mencapai sasaran tersebut.
Ketika ini, Huawei merupakan syarikat kedua terbesar pengeluar telefon pintar dunia dibelakang Samsung. Mereka telah berjaya mengatasi Apple yang jatuh ke tangga ketiga pada awal tahun ini.
Sumber: Reuters
Berkaitan
- Huawei Mendakwa Sebanyak 100 Ribu Mate X Telah Berjaya Dijual Setiap Bulan
- Huawei Malaysia Menawarkan Jualan Diskaun Sehingga 50% Dari 1 Julai Hingga 8 Julai 2019
- Pengilang Foxconn Dilapor Menghentikan Sementara Pengeluaran Telefon Pintar Huawei
- Huawei Yakin Mereka Akan Berjaya Menjual Sebanyak 270 Juta Unit Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Tahun Ini
- HUAWEI Watch GT 4 Dilancar Bersama Watch Ultimate Design Dengan Harga RM13,999
- Sebanyak 14 Lagi Model Telefon Pintar Huawei Dan Honor Menerima Kemas Kini EMUI 10
- Huawei Mengumumkan 2 Juta Unit Telefon Pintar Nova 5 Telah Terjual
- Microsoft Memberhentikan Jualan Komputer Riba Huawei Dari Laman Rasmi Mereka
- A.S Menuduh Huawei Menawarkan Bonus Kepada Pekerja Yang Berjaya Mencuri Rahsia Firma Pesaing Mereka
- Maxis Dan Huawei Pacu Teknologi 5G-Advanced Di Malaysia Dan Asia Tenggara