Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laman Web Ini Bolehkan Pengguna Reka iPhone Impian

Laman Web Ini Bolehkan Pengguna Reka iPhone Impian

Diterbitkan Ogos 24, 2022 · Dikemas kini Ogos 24, 2022 oleh Amalina Athman

Jika anda tidak berpuas hati dengan perubahan reka bentuk yang akan hadir pada iPhone 14 kelak, terdapat laman web yang membolehkan pengguna untuk menyesuaikan iPhone mengikut rekaan sendiri.

Pembangun kreatif, Neal Agarwal telah membangunkan laman web baharu yang membolehkan pengguna membina iPhone mengikut kehendak sendiri, sama ada menambah port baharu, menukar warna atau menambah aksesori baharu.

Berkaitan

  • Akhirnya iPhone 14 Pro Mungkin Akan Dapat Ciri Yang Sudah Bertahun Ada Pada Android
  • Perbandingan Bonggol Kamera iPhone 14 Pro Max Dan iPhone 13 Pro Max Diperlihatkan
  • Acara Pelancaran Siri iPhone 14 Dijangka Berlangsung Lebih Awal

Apabila melayari laman web tersebut untuk kali pertama, pengguna akan melihat kanvas kosong. Pada asasnya adalah iPhone 13 Pro, namun tanpa takuk, tiada port, butang dan kamera.

Pengguna kemudiannya boleh mula menambahkan semua aspek yang diperlukan pada reka bentuk asas iPhone 13 Pro itu. Antara yang boleh ditambah termasuk:

  • Pro Camera
  • Dual Camera
  • Butang kelantangan suara
  • Port Lightning
  • Takuk
  • Logo Apple
  • Logo Android
  • Butang Home
  • Butang Power
  • Bicu Audio
  • Kamera Swafoto
  • HDMI
  • …dan lain-lain

Kelebihan alat reka bentuk iPhone ini ialah pengguna boleh mencampur dan memadankan antara semua perkara yang berbeza itu. Mahukan iPhone dengan logo Android bersama sokongan HDMI dan bicu audio atau lain-lain, pengguna boleh melakukannya melalui laman web tersebut.

I made a site that lets you design the next iPhone, enjoy 🙂https://t.co/DZ3cYOLW2O pic.twitter.com/J91I2tMVdc

— Neal Agarwal (@nealagarwal) August 23, 2022

Oleh itu, jika ingin mencuba untuk menghasilkan rekaan iPhone impian, ianya boleh dilakukan melalui laman web https://neal.fun/design-the-next-iphone/.

Sumber: 9to5Mac

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY