Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acara Pelancaran Siri iPhone 14 Dijangka Berlangsung Lebih Awal

Acara Pelancaran Siri iPhone 14 Dijangka Berlangsung Lebih Awal

Diterbitkan Ogos 18, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 18, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti yang diketahui, Apple pada tahun sebelum ini kebiasaannya akan memperkenalkan siri iPhone terbaharu sekurang-kurangnya pada pertengahan September. Namun, laporan Bloomberg terkini memberi khabar Apple mungkin akan melangsungkan acara pelancaran siri iPhone 14 lebih awal iaitu pada 7 September depan. Melalui acara itu nanti, Apple juga akan memfokuskan pengenalan Apple Watch Series 8.

Berkaitan

  • Ura-Ura: Harga iPhone 14 Sama Seperti iPhone 13
  • Apple Dikhabar Sudah Mula Buat Persediaan Untuk Pelancaran iPhone 14
  • Harga iPhone 14 Pro Mungkin Naik Sekitar RM400

Dijangka, iPhone 14 untuk varian asas akan menerima beberapa perubahan, sementara model iPhone 14 Pro akan dinaiktaraf dengan teknologi kamera yang lebih baik, skrin paparan berlubang, cip A16 Bionic dan banyak lagi.

Seperti tahun lalu, Apple akan melancarkan 4 model bagi siri iPhone 14 termasuk model asas 6.1 inci, 6.7 inci iPhone 14 Max, 6.1 inci iPhone 14 Pro dan 6.7 inci iPhone 14 Pro Max. Ura-ura mengatakan Apple mungkin tidak lagi melancarkan versi mini dengan saiz 5.4 inci memandangkan jualan model itu pada siri sebelumnya tidak mencapai sasaran.

Bagi Apple Watch pula dijangka hadir dengan 3 model iaitu Apple Watch Series 8, Apple Watch SE dan Apple Watch Pro.

Jika benar acara pelancaran ini akan diadakan pada 7 September, dijangka Apple akan mengumumkannya pada hujung Ogos nanti. Dengan itu, sama-sama kita nantikannya.

Sumber: Mac Rumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY